Pengunjung

Riadah Menyihatkan Badan

>> Tuesday, April 28, 2009

Seharian berada di tempat kerja memang terasa penat..tapi bila pulang ke rumah segala rasa penat hilang terutama bila dah ambil si manja dan dapat bermain dengan mereka...Sementara menunggu kepulangan isteri...sempat lah beriadah bersama anak-anak...

Antara riadah yang menyeronokkan ialah mengayuh basikal mengelilingi kawasan Peladang Inn ni...bukan main suka si manja yang kat depan dan belakang...

Ha...bila habis satu pusingan kami balik ke rumah...Ummu Fathan dah balik...isteri tercinta nak juga naik basikal...nak
santai-santai katanya...


Adik pula tak cukup dengan naik basikal...nak exercise sendiri juga...dengan tolocar comelnya...best juga tengok gelagat si manja tu...




Hari masih awal lagi...teringat nak isi angin tayar motor...sempat bawa adik farhan sekali ke kolej sekejap nak isi angin...mudah nak ke surau malam Maghrib dan Isyak nanti...

Read more...

Tuntutan Perjalanan Teksi

>> Sunday, April 26, 2009

Membuat tuntutan perjalanan adalah satu perkara yang mesti dilakukan dan perlu diketahui oleh setiap penjawat awam yang bertugas di luar. Outstation..

Prinsip pengurusan kewangan kerajaan adalah sama iaitu mementingkan integriti dan mana yang lebih menguntungkan kerajaan.

Bagi perjalanan berkursus :

1. Hanya seorang perjawat awam yang terlibat di sesuatu destinasi

2. Tidak disyaratkan membawa apa-apa peralatan yang khusus dan bernilai tinggi

3. Boleh sampai ke destinasi dengan perjalanan darat

Penggunaan teksi/perkhidmatan awam (darat) adalah yang paling tepat




Kaedah :

1. Tuntutan hanya dibenarkan untuk satu tempat duduk antara bandar
2. Tidak memerlukan resit. Tuntutan bagi teksi lapangan terbang (sebuah teksi) memerlukan resit. Tuntutan dari bandar terdekat ke destinasi berkursus juga tidak memerlukan resit walaupun tuntutan melibatkan sebuah teksi
3. Kadar tuntutan adalah mengikut kadar persatuan teksi dan kereta sewa yang sah dan diluluskan oleh AG negeri masing-masing
4. Kadar tersebut adalah bagi sebuah teksi (4 tempat duduk).
5. Kadar bagi 1 tempat duduk adalah kadar sebuah teksi dibahagi dengan 4
6. Kadar muktamad untuk perjalanan di siang hari adalah kadar 1 tempat duduk didarab 120 %
7. Kadar muktamad untuk perjalanan di malam hari adalah kadar 1 tempat duduk didarab 150 %

Contoh kiraan :

Kadar sebuah teksi dari rompin ke pekan adalah RM80.00 (contoh )
Kadar 1 tempat duduk adalah RM80.00/4 = RM20.00
Kadar muktamad siang hari RM20.00x120% = RM24.00
Kadar muktamad perjalanan malam RM20.00x150% = RM30.00




Begitulah contoh kiraan untuk perjalan teksi, untuk lain-lain rujuklah PKPA dan sebagainya. Pastikan anda tahu perkara berkaitan kewangan... Kadar-kadar tersebut bolehlah didapati dari mana-mana pegawai akaun W17, W32 dari jabatan tuan-tuan.

Read more...

Usratussaidah...idaman kita.

>> Saturday, April 25, 2009

Setiap orang mengimpikan keluarga bahagia....Berikut adalah serba sedikit tips yang boleh dikongsi bersama:

Terlebih dahulu dipaparkan wajah-wajah keluarga kami....

Gambar bersama keluarga selepas kami diijabkabulkan : Mohamad Rasidi b Ahmad dan Rohani bt Saad

Puteri dan putera yang dikasihi: Fatin Hayati dan Farhan Fitri

Ini tips-tips nya....

Tips Rumahtangga Yang Bercirikan Syurga

  1. Meningkatkan ilmu pengetahuan pada seisi rumah itu.
  2. Penghayatan agama yang berterusan.
  3. Memastikan seisi rumahtangga dalam keadaan sihat sejahtera dan aman damai.
  4. Perlu adanya pengukuhan ekonomi.
  5. Komunikasi yang cemerlang.
  6. Wujudnya kemesraan antara suami dan isteri.
  7. Suasana rumahtangga yang selesa.




Tips Komunikasi ke Arah Meningkatkan
Kasih Sayang Berkekalan
  1. Berkongsi impian dan tugasan di rumah.
  2. Tidak mudah dan tidak sesekali merasa kecewa walaupun menempuh cabaran dan masalah dalam rumahtangga.
  3. tidak berdendam-kesumat antara satu sama lain.
  4. Sentiasa memohon maaf dan memaafkan kesilapan masing-masing.
  5. Sentiasa mencari emas dalam diri pasangan.
  6. Menganggap pasangan sebagai kawan yang paling akrab.
  7. Sentiasa bersolat jemaah dan saling doa mendoakan pasangan.
  8. Berterus terang mengenai perselisihan yang kecil untuk mengelakkan konflik yang lebih besar.
  9. Memahami kepentingan hubungan seks.
  10. Mencari perubahan untuk merangsang perubahan dalam rumahtangga.
Semoga tips-tips ini dapat mengukuhkan ikatan dan melahirkan keluarga bahagia yang kita idamkan...Sebenarnya banyak lagi...Insya Allah bersambung di lain masa..SEMOGA BAHAGIA!!

Read more...

Pengurusan Tata Tertib

>> Monday, April 20, 2009


Dalam sedar atau tidak, kita sebagai penjawat awam banyak melakukan kesalahan-kesalahan yang tidak kita sedari..


Daripada tata etika berpakaian sehinggalah kepada urusan yang lebih besar .. terlalu banyak kesalahan yang kitalakukan dan perlu segera perbaiki. Contohnya.. (peraturan bersepatu )
Kesalahan seperti di atas sering dilakukan dan kita seringkali tidak menyedarinya..
Sebenarnya bukanlah saya nak menulis banyak-banyak, ini pun mencuri masa rehat... saya keluar dari hotel menuju ke Cyber cafe terdekat. Maklumlah nak ber CC di hotel tak mampu dengan ratenya..
Sebenarnya bila menulis blog nih.. satu hari tak jumpa internet rasa macam tak sah.. ok..
jumpa lagi.





Read more...

Kena Tinggal Anak

>> Sunday, April 19, 2009


Ibarat kata pepatah.. sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan. Inilah yang biasa berlaku sebagai seorang penjawat awam.


Kita ada tugas berat yang telah diamanahkan dan hendaklah kita memikul amanah ini dengan kusyuk dan tawaduk.


Template ini terpaksa ditukar kerana terdapat masalah kelambatan setiapkali blog ini dibuka. Template ini belum siap lagi, mungkin akan bertukar lagi..

Read more...

Santai-santai bersama keluarga

>> Friday, April 17, 2009

Pada hujung minggu lepas kami tak ke mana-mana...isteri saya ada sekolah ganti pada hari Sabtu dan saya saja tak hantar si manja ke rumah pengasuh...bukan apa, boleh bermain dengan mereka...lagi pun dua minggu depan kena bertugas di luar kawasan pulak.


gambar ni diambil waktu saya baru pulang dari kerja...tenang rasa melihat wajah-wajah si manja menyambut kepulangan









Pada hari Ahad kebiasaannya kami akan pulang ke kampung di Keratong, tapi minggu ni kami hanya menghabiskan masa di Kuala Rompin. Kebetulan emak dan ayah tak ada kat rumah, pergi kursus Haji...
Ni masa kami balik kampung dua minggu lepas.Kebetulan adik Ina dari Banting pun balik juga. siapa yang pakai topi keledar tu?..Itu adik Fozi yang baru dapat kerja JAKIM..Balik ambil motor untuk mudahkan urusan kerja...maklumlah baru nak mula kerja...

Petang Ahad lepas, dah seharian duduk kat rumah...kami saja jalan-jalan kat Pantai Hiburan Rompin, tak jauh, 5 km je dari rumah kami...lautnya biru dan pantainya agak bersih, memang sesuai kalau nak mandi tapi kami tak mandi cuma jalan-jalan je


Adik dan kakak memang suka sangat kalau kata nak pergi pantai













Nak buat apa tu??air laut rasanya masin....

Isteri bersama si manja



Jom balik...dah nak senja ni..lain kali kita datang lagi..
Apa yang suka sangat tu?
Sebenarnya tak habis cerita lg...sambung lain kali..






Read more...

Ceramah Palestin.. Insaflah

>> Thursday, April 16, 2009



Petang tadi satu sesi ceramah Kesedaran Palestin telah diadakan di Kolej Komuniti Rompin. Ceramah tersebut adalah idea Tuan Pengarah KK Rompin, melalui daya usaha penyelaras kebajikan kolej iaitu En. Shahir bin Sabu. Ceramah tersebut disampaikan oleh sdr Abdul Bashir bin Abdul Ghani, setiusaha Haluan Palestin cawangan Pahang.
Sepanjang mendengar ceramah selama hampir 2 jam berbagai isu dikupaskan, digarapkan dengan begitu baik membuatkan hati pendengar begitu tersentuh sehingga mengalirkan airmata. Tayangan video seperti tangisan bayi, ratapan kanak-kanak yang dibedah tanpa bius begitu syahdu sekali.








Gambar di atas adalah menunjuk kedudukan Masjid Al Aqsa. Media sering mengetengah masjid berkubah kuning (dome of the rock) sehingga memesongkan fikiran kita seolah-olah itulah masjid al-aqsa. Pihak yahudi bercadang untuk membina solomon temple di tapak masjid Al Aqsa yang sebenar.


Media massa sering menggambarkan kejayaan puak Yahudi, tetapi tidak sesekali menceritakan perjuangan mujahidin di Palestin. Ini kerana agensi media antarabangsa seperti Reuters, Afp, CNN dan sebagainya merupakan lidah rasmi Yahudi.

Kronologi 29 hari serangan Yahudi di wilayah gaza.

1. Tentera Yahudi melancar serangan udara menggunakan 100 buah jet pejuang termoden buatan Amerika Syarikat untuk menyerang kawasan seluas 363 km persegi selama 4 hari dengan harapan menghancurkan terus prasarana dan membunuh seramai mungkin orang Islam.

2. Setelah menghancurkan prasarana mereka melancarkan serangan darat menggunakan beratus kereta kebal dan kelengkapan canggih. Peperangan ini adalah merupakan salah satu strategi kempen parti politik Israel. Pembunuhan ke atas orang Islam adalah merupakan perkara yang dituntut di dalam kitab talmud iaitu kitab karangan pendeta yahudi yang penuh kesesatan.

3. Selepas 29 hari menyerang pihak Yahudi melancarkan gencatan senjata mengejut.!!! Gencatan senjata sebelah pihak. Ia menimbulkan persoalan pihak mana yang menang?

4. Pertanyaannya; mengapa Israel melakukan hal ini? Israel boleh saja mendakwa mengalami trauma masa lalu yang atau kebimbangan terhadap serangan roket HAMAS yang kini mampu menjejak ke bumi mereka, namun perbuatan mereka kali ini sangat mengganggu dan di luar batasan kemanusiaan. Israel benar-benar gila dan terlalu berlebihan dalam menderita paranoid akan keamanan mereka.

5. Terdapat berbagai-bagai kejadian yang tidak pernah diketengahkan oleh mana-mana media dan boleh dikatakan gencatan senjata tersebut adalah kekalahan di pihak Yahudi.

6. Berikut adalah sebahagian dari tanda kekuasaan Allah di bumi Gaza .





a. Dr. Muawiyah Hassanein, Pengarah Ambulan Kecemasan dan Jabatan Kesihatan di Gaza menceritakan: "Para syuhada yang meninggal berhari-hari dan berminggu-minggu masih mengalirkan darah segar dari tubuhnya. Kami dan semua orang di sini sangat terkejut."

b. Abu Qudamah, salah seorang komander Hamas di wilayah Timur Az Zaitun, Kota Gaza bercerita: "Saya dan beberapa pejuang sedang menunggu kesempatan untuk menyerang kereta-kereta kebal Israel. Kami berdoa agar Allah menurunkan tentera-Nya dari langit untuk membantu kami. Dengan tiba- tiba tanpa disedari turunlah awan tebal menyelimuti wilayah kami. Kami masuk di antara puluhan kereta-kereta kebal itu tanpa diketahui oleh pihak musuh dan tidak dapat dikesan oleh pesawat-pesawat pengintai yang mundar mandir di udara. Kami mampu meletupkan kereta- kereta kebal itu, 5 tentera Zionis Israel terbunuh dan puluhan lagi tercedera."

c.Salah seorang tentera Israel sedang ditemuramah oleh media Israel, ia mengatakan bahwa ia kehilangan penglihatannya gara-gara melihat seorang pemuda yang memakai baju putih, melemparkan kepadanya segenggam pasir, pada waktu itu juga saya menjadi buta.

d. Tentera Israel yang lain pula menceritakan bahwa pejuang Hamas memerangkap mereka dalam banyak pertempuran umpama memerangkap ayam dan itik.

e. Salah seorang tentera Israel yang lain pula mengaku ia melihat ramai tentera Israel tercedera dan ditembak dari arah kanan dan kiri, namun tidak dapat dipastikan dan tidak diketahui dari mana tembakan itu berasal.

f. Apabila jenazah Hasan Bin Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Israel ke atas Gaza, hendak dikebumikan di liang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, salah seorang pengasas dan pemimpin Hamas yang syahid pada tahun 2003, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih dan tiada tanda perubahan walaupun telah 5 tahun berlalu. Darah di kain kafannya seperti seolah-olah baru keluar pada masa itu juga manakala bendera yang digunakan untuk membalut tubuh Asy-Syahid Ismail semasa jenazahnya diarak 5 tahun lalu masih berbau wangian kasturi yang keluar dari tubuh beliau semasa kesyahidannya

g. Roket yang digunakan oleh Hamas adalah roket berteknologi rendah, keluaran lama negara Rusia yang tidak mampu mencapai jarak 40 km, namun bedilan hamas mampu mencapai sasaran melebihi 60 km. Ini adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah di bumi Gaza.

7. Bagi petugas sukarela yang berkhidmat di Gaza, mereka menyatakan mayat rakyat Palestin yang bergelimpangan tidak busuk dan berulat sepertimana pengalaman mereka ketika berkhidmat di Acheh. Tidak ada petugas yang perlu memakai penutup hidung sepanjang berkhidmat di sana.

8. Dengan kekuasaan Allah, bilangan 1300 orang Palestin yang gugur telah digantikan dengan kelahiran umat sebanyak 3000 orang sepanjang krisis.

9. Petugas menyatakan suasana kehidupan yang begitu dhaif telah menyemarakkan keimanan kepada warga penduduk Gaza. Ini terbukti apabila masuk waktu sembahyang mereka beramai-ramai mengerjakan ibadah, bersembahyang di sebalik runtuhan bangunan biarpun dalam suasana yang serba kekurangan



10. Kematian dipihak Palestin adalah 1300 orang dan kebanyakannya adalah orang awam, iaitu kanak-kanak dan wanita manakala kerugian dianggarkan mencecah angka bilion yang merupakan hartabenda dan bangunan.

11. Kematian pejuang palestin tidak sampai pun 50 orang, berbanding kematian tentera Yahudi mencecah ratusan. Kerugian dipihak Israel dari peperangan ini mencecah puluhan bilion kesan dari belanja peperangan selama 29 hari. Dalam keadaan persenjataan yang serba kekurangan, puluhan kereta kebal dan pesawat terbang Israel berjaya ditembak jatuh oleh pejuang Palestin.

12. Duit peperangan ini sebenarnya disumbangkan oleh syarikat-syarikat Israel dan kebanyakannya telah bertapak di bumi kita.

“Tidak akan terjadi hari kiamat, hingga muslimin memerangi Yahudi.Orang-orang Islam membunuh Yahudi sampai Yahudi bersembunyi di balikbatu dan pohon. Namun batu atau pohon berkata, “Wahai muslim, wahaihamba Allah, inilah Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuh saja.Kecuali pohon Gharqad (yang tidak demikian), kerana termasuk pohonYahudi.”
(HR Muslim dalam Shahih Jami’ Ash-shaghir no. 7427)

Read more...

Siapakah mereka.. menarik

>> Tuesday, April 14, 2009

Kebetulan saya terbaca satu artikel lama dari portal komuniti : http://www.ukhwah.com/ bertarikh 27 November 2007, saya begitu tertarik dan ingin berkongsi dengan pembaca.

WASHINGTON, 26 Julai 2003: Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States!

Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini. "Cerita ini harus diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. "Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English". "Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu.

"Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. "Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. "Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi". Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan. "Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole" "Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi". "Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. "Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau". "Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu". Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. "Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria", mengikut kata sumber."Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi".

NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia". "Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?" Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. "Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang.

Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupon peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran "mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat".

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "teknologi bawah tanah". Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Ada sesetengah pendapat mengatakan ia ada perkaitan dengan Yakjuj dan Makjuj, namun tidak diketahui kesahihan laporan ini. Benarkah penemuan tersebut satu kebenaran ataupun hanyalah satu cerita yang diada-adakan.

Wallahuaklam

Read more...

Apakah perbezaannya

>> Sunday, April 12, 2009

Lihatlah kedua makanan di bawah






Pilihan biasa





Pilihan alternatif

Kedua duanya adalah makanan kegemaran saya:
Yang atas sekali adalah ikan patin masak tempoyak. Pastikan tuan membeli ikan patin jenis sangkar supaya rasanya lebih original. Ikan patin liar sungai faham ajerlah harganya....

Yang bawah pula adalah ikan baung masak tempoyak. Isteri saya gemarkan ikan baung melebihi ikan patin.

Rasa keduanya hampir sama, lemakpun sama cuma isi baung lebih pejal. Sebenarnya baru hari ini kami mencuba ikan baung masak tempoyak. Saya pun mendapat tahu dari Tuan Haji Mohd Faddilah bin Mohd Yusoh, Pengarah KKRompin bahawa ikan baung sedap dibuat masak tempoyak.

Tuan-tuan bolehlah mencubanya sendiri. Jemputlah ke rumah di Chalet Peladang Inn, Kuala Rompin

Read more...

Semakin Perkasa

>> Thursday, April 9, 2009



Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Mohd Khaled Nordin kerana diberi kepercayaan oleh
YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Pendana Menteri Malaysia ke 6 untuk menerajui Kementerian Pengajian Tinggi.



Terima kasih diucapkan kepada PM kerana tidak menggabungkan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran. Dengan pertambahan jawatan Timbalan Menteri diharap Kementerian Pengajian Tinggi akan menjadi lebih perkasa dalam melahirkan modal insan

Read more...

Apakah impian setiap orang




Setiap manusia diberikan akal, yang membezakannya dengan haiwan, dan dengan akal membolehkan kita berfikir dan mengimpikan matlamat masing-masing. Namun bagi kebanyakan orang, lima matlamat yang disenaraikan adalah merupakan asas kepada fitrah manusia :



  1. Wajah yang cantik



  2. Duit/harta yang banyak



  3. Kesihatan yang baik



  4. Anak2 yg cerdik dan berjaya



  5. Tidur yang nyenyak tanpa ganguan








Perkaitan antara impian di atas bolehlah dikaitkan :


Sabda Nabi Muhammad SAW


"Siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan, dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak"

Fikir-fikirlah tuan-tuan


sumber: omag.org




Read more...

MQA - Jangan Tidur Lagi..

>> Wednesday, April 8, 2009


Pada hari Isnin lepas saya mengikuti Mesyuarat Awal Penyediaan Kerangka Kerja Kelayakan Malaysia (MQF)
Dari taklimat ini saya dimaklumkan terdapat 4 kursus di Kolej Komuniti yang belum mendapat pengiktirafan JPA. Ini kerana kursus tersebut baru dan bakal dijalankan. Manakala 18 kursus lain telah diberikan pengiktirafan sementara sehingga Disember 2010.
Mengikut kaedahnya, kerangka kelayakan ini dikenali sebagai mqa1 hendaklah disediakan 3 bulan sebelum kursus tersebut dijalankan.
Dalam menyediakan rangka, terdapat sembilan elemen/ area yang mesti memenuhi syarat minimum.
Apabila syarat minimum ini dicapai maka kursus tersebut bolehlah dijalankan kerana pihak MQA akan memberi pengiktirafan sementara( sekitar 2 tahun). Institusi dianggap memperolehi Provisional Accreditation.
Dalam tempoh 2 tahun inilah institusi perlu memastikan 9 elemen tadi mencapai standard, mqa2.
Selepas itu internal quality audit akan dijalankan (self review)
Seterusnya external quality audit akan dijalankan oleh pihak MQA.
Selepas proses mesyuarat dan sebagainya, maka Fully Acreditation akan diberikan. Nama institusi akan didaftarkan pada MQR (Malaysia Qualification Ragisteration).

Nampak berat sebenarnya tapi inilah yang dikatakan amalan baik peringkat antarabangsa.

Read more...

Taklimat PTK Di PICC

>> Saturday, April 4, 2009

Pada 3 April lepas saya telah bertugas untuk mendengar taklimat Pengubahsuaian PTK. Di sini saya akan berkongsi sedikit pengetahuan, perbezaan ptk lama dan baru.



Pekeliling berkenaan pertukaran tersebut adalah SPP Bil 19/2008. Ada beberapa pembaharuan antaranya :


  1. Pembaharuan Kaedah Penilaian

  2. Pemantapan Pengurusan

Antara kelebihannya.. penilaian tidaklah berasaskan peperiksaan semata-mata. Beberapa penambahan kaedah penilaian seperti temuduga, persembahan, pengucapan awam diperkenalkan. Peperiksaan hanya membawa markah 50% keseluruhan dan elemen peraturan kewangan diperkenalkan. Pegawai yang memangku jawatan juga boleh mengambil PTK pada gred yang lebih tinggi.


Antara kekurangannya .. apabila seseorang berada pada aras 3, hanya diberi peluang sekali sahaja untuk mendapat aras 4. Sekiranya ia gagal kali ke 2, tiada peluang bagi pergerakan gaji dari P1 ke P2.


Mulai 25 April 2009 KPTM mula menggunakan secara berperingkat. Kaedah baru ini melibatkan penilaian generik(umum) dan functional (khusus) manakala aras 4 bertukar ke A, 3 ke B, 2 ke C dan 1 ke D hanya digunakan sepenuhnya pada 1 Jan 2010.

Read more...

Back to TOP  

Go to Mid Page  

Go to Bottom  

Waktu Solat Kawasan Rompin

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP  

Back to MID PAGE