Pengunjung

Melatih anak bercakap

>> Friday, January 22, 2010



Terdapat beberapa tips untuk menjadikan anak petah bercakap,. umur 1 tahun 6 bulan sudah boleh bercakap macam orang dewasa :
1. Cuba bercakap menggunakan bahasa anak.. ajuk percakapannya kalau anak kata atan.. ibu bapa mesti menggunakan perkataan atan, iunm supaya anak lebih selesa
2. Jangan sesekali menggunakan bahasa orang dewasa.. contohnya makan, minum, atau mandi sebaliknya gunakan perkataan atan, num atau andi bila berkomunikasi dengan anak. Penggunaan bahasa standard akan membuatkan anak lambat bercakap
3. Selalu menggunakan isyarat tangan dan kurang penggunaan mulut kerana menurut Professor Broolin ( Harvard) penggunaan isyarat tangan akan menguatkan kefahaman dan gerak bibir anak


4. Untuk mengingkat bahagian medula oblonggata ( bahagian bahasa anak) rendam anak dalam baldi sekurang-kurangnya 3 jam sehari. Sumber dipetik dari yayasan sains kesihatan bersekutu colombia.
5. Tepuk bahagian kepala atau belakang anak supaya saraf tunjangnya lebih aktif. Kalau boleh gunakan kayu jati atau kayu keras hujan hujan grand chaco yang diimpot dari Peru.
5. Selamat mencuba dan saya sendiri belum pernah mencuba kaedah ini.

Read more...

Selamat Pengantin Baru

>> Thursday, December 24, 2009

Sudah lama saya tidak menulis.. cuma kali ini tergerak hati nak bercerita tentang pengalaman balik kampung. Kami balik kampung pada hari Sabtu 12/12/09




Selamat pengantin baru diucapkan kepada adik Siti Noraiana binti Ahmad dan pasangannya Mohd Aslam bin Mohd Suhaime.




Kami juga sempat bergambar atas pelamin,.. almaklumlah waktu nikah dulu tak sempat merasa pelamin...

Selesai majlis pada 16/12/09 kami berangkat pulang pada 18/12/09 hari Jumaat. cita-cita memang besar sebab nak merasa bermalam di Cameron Highland. Kami naik ikut simpang Pulai.



Tapi malangnya,.. kat atas Cameron penuh sesak,. kami terperangkap dalam trafic hampir 3 jam dari blue Valley ke Brincang. Apabila kami melalui lokasi popular macam Kea Farm, tak terfikir utk kami membeli kerana fikir nak berehat dan mencari penginapan dulu.. cita-cita besar kami tak termakbul apabila semua penginapan telah penuh kerana hari kami sampai adalah cuti umum awal Muharram.





Nasib baiklah saya terbeli satu kotak strawberi yang kononya nak makan atas kereta,.. besok baru nak membeli-belah sayur. Last-last inilah cenderamata yang sempat dibawa turun.




Setelah puas mencari penginapan ditanah rata dan tak berjaya, kami mengambil keputusan untuk turun ke Ringlet,.. sebelum turun kami sempat membeli teh istimewa Cameron. Teh cameron barat...

Perjalanan turun kami melalui Tapah,.. waktu tu dah lewat 11.00 malam kami mencari penginapan di Tapah,. malangnya semua dah penuh. Kami meneruskan perjalanan dah singgah bermalam di Tanjung Malim.

Keesokan harinya kami singgah di Jalan Pasar Kuala Lumpur, di situ kami sempat membeli beberapa peralatan untuk rumah baru kami yang akan siap tak lama lagi.

Apabila sampai ke Rompin macam biasa, saya membawa keluarga ke Pantai untuk menikmati ombak Laut Cina Selatan.

Read more...

Selamat Hari Raya AidilFitri

>> Friday, October 2, 2009

Alhamdulillah , tahun ini saya dapat beraya di Felda Kratong 10, Muadzam Shah Pahang dan Kampung Bendang Raja, Kuala Nerang Kedah.
Hari Raya Pertama adalah di Pahang.

Ketika di Rompin


Isteri menjahit baru Melayu untuk beraya


Bersiap sedia dalam kereta untuk memulakan Perjalanan Jauh sejauh 2000 km pergi dan balik

Ketika di Keratong Pahang

Saya bergotong royong mengacau dodol.. seksanya



Bergambar bersama keluarga sebelah isteri di Pahang sebelum menunaikan sembahyang Raya. Tahun ini keluarga saya memilih warna biru sebagai warna tema hari raya 2009



Mengikuti majlis baraan bersama masyarakat felda di rumah mentua Pahang


Ketika dalam perjalanan dari Pahang ke Kedah


Ketika perjalanan pulang ke Kedah, saya singgah ke rumah pak tam, menziarahi keluarga pak Tam. Gambar atas anak saya bersama moyang mereka


Ketika di Kedah

Keletah anak bermain bunga api di rumah kak Jah, Kuala Nerang



Bergambar bersama Ayahanda Pak di Kampung, Kedah



Kami sempat berkelah di Puncak Janing, satu tempat peranginan berdekatan kampung saya

Ketika dalam perjalanan dari Kedah ke Pahang

Ketika pulang dari Kampung singgah bermalam di rumah bang Cat di Ipoh, Perak


Bergambar bersama Keluarga Bang Cat di depan rumah mereka. Terima kasih Bang Cat dan Kak Badariah kerana menyediakan juadah yang sedap kepada kami. Lain kali kami nak singgah lagi


Ketika pulang dari Ipoh kami singgah berziarah di rumah biras saya Rohaizi dan yang terakhir adalah gambar seketika kembali semula ke Rompin

Melayan anak-anak jiran Rompin datang beraya

Read more...

Hari ini kita berkampung...

>> Saturday, July 18, 2009

Alhamdulillah,.. hari ini Isteri saya menyelesaikan tugasannya sebagai seorang guru jQaf.. Menjayakan Kem Bestari Solat. Manakala saya menjaga anak bersendirian. Sebelah pagi saya ke pasar membeli barangan basah, bersama anak-anak. Saya membeli makanan laut, ikan patin, ayam dan sayur-sayuran.



Apabila isteri pulang saya mengadakan gotong royong memasak bersama isteri



Saya membakar ayam yang dipotong 4 bahagian di belakang rumah



ini lah hasilnya ayam yang saya bakar. Isteri saya membuat resepi dan memerap ayam tersebut, namun bahan seperti serai, daun pisang dan cili (air asam) saya sediakan dengan mengambil dari pokok di belakang rumah.




Manakala isteri saya menyediakan menu kesukaan saya,.. ikan patin masak tempoyak.

Sebenarnya dah lama saya tidak memasak secara gotong royong nih kerana agak sibuk outstation pada waktu cuti semester pelajar nih.

Semasa saya meninjau lawan web rasmi JPPKK Kementerian Pengajian Tinggi saya tidak menyangka gambar saya termasuk dalam portal berkenaan semasa saya menghadiri Kolokium Work Based Learning yang dirasmikan oleh Datuk Khalid Nordin, Menteri Pengajian Tinggi



Pada minggu lepas 6-9 Julai saya merancang untuk menghadiri kursus Autodest Inventor di Politeknik Perlis, namun di sebelah paginya saya dikejutkan dengan satu panggilan dari kampung yang menyatakan abang ipar saya, Ustaz Mat Zain telah kembali ke rahmatulLah, Tanpa berlengah saya menghubungi isteri, saya mengambil anak dari rumah pengasuh, bersiap dan saya terus memandu ke kampung halaman di Kuala Nerang Kedah, saya menziarahi kakak saya dan berada di Kampung sebelah malamnya bagi program Tahlil dan khenduri arwah,. sebelah siangnya saya berangkat ke Perlis untuk berkursus, begitulah rutin untuk beberapa hari.

Pada minggu berikutnya saya terlepas satu mesyuarat penting berkenaan aset alih kerajaan yang diadakan di PICC, Putrajaya. Saya sepatutnya berada di sana pada jam 8.00 pagi 6 julai,.. namun saya tidak mendapat maklumat awal. Namun dalam ruang yang ada saya telah berusaha untuk menjayakan kursus pendek Senggaraan Kenderaan untuk kakitangan JKR negeri Pahang. AlhamdulilLah program tersebut berjalan dengan lancar.



Disebalik semua aktiviti yang begitu padat, peristiwa kembalinya Arwah abang Ipar begitu meninggalkan kesan kepada diri saya. Ini kerana arwah telah berkahwin dengan kakak saya ketika 25 disember 1984, ketika itu saya di darjah tiga. Ketika darjah enam saya telah menetap bersama kakak dan arwah di Sungai Petani selepas pemergian ibu saya setahun sebelumnya. Agak sukar juga menerima berita tersebut pada permulaannya namun begitulah ketetapan ajal manusia hanya Tuhan yang tahu. Semoga rohnya digolongkan bersama orang-orang mukmin. Pemergian beliau begitu mengingatkan saya bahawa segala yang ada didunia ini hanyalah sementara,.. dunia hanyalah pinjaman,.. kalau hari ini kita begitu ceria dengan kerja kita, belum tentu besok kita dapat menjayakannya,..
Kalau hari ini kita berkampung,. belum tentu besok kita akan bersama

Read more...

Back to TOP  

Go to Mid Page  

Go to Bottom  

Waktu Solat Kawasan Rompin

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP  

Back to MID PAGE