Pengunjung

Sibuk sikit jer..

>> Sunday, March 29, 2009

Sejak 2 menjak nih tak sempat nak updatekan blog.. Ini kerana pada minggu lepas saya bertugas kat luar sebagai "Penyambut tetamu VIP" untuk Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Zon Timur yang diadakan di Institut Aminudin Baki, Genting Highland.. 27-29 Mac 2008.






Semasa kat sana bermacam pengalaman menarik namun saya tak ada gambar. Rakan saya Qamaruddin (Pensyarah STE) ada mengambil gambar. InsyaAllah kalau ada kelapangan saya akan muatkan.





Selepas selesai kerja, saya bersama rakan memandu ke atas puncak kawasan Resort World. Mencabar rasanya memandu ke atas tu. Semasa naik saya tercium bau hangit keluar dari enjin, mungkin disebabkan Clutch Plate.


Sewaktu menurun pulak sekali lagi tercium bau hangit yang berpunca dari brake.


Namun minggu nie bermula 1-4 April sekali lagi saya akan ke Genting View, Genting Highland kerana menghadiri Kursus Perasa bersama semua warga KKrompin. Boring juga sebab pegi tempat sama.









Pada minggu seterusnya saya akan ke Mesyuarat MQA, satu badan akreditasi yang dulunya dikenali sebagai LAN. Tarikhnya 6 - 8 April.








Perihal anak memang dia rasa meragam juga.. Namun dengan kecanggihan teknologi saya dpt sentiasa mengikuti perkembangannya. Isteri telah kisahkan dalam blog permata hati http://www.usratussaidah.blogspot.com/. Kepada pembaca silalah melawat ke laman blog isteri saya.


Saya juga ada memuatkan jadual kursus pendek bulan April Kolej Komuniti Rompin. Tuan-tuan bolehlah memuat turun pada ruangan muat turun sebelah kanan blog saya

Read more...

Perjuangan Yang Ikhlas

>> Thursday, March 26, 2009

" Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118).






Dalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi "berdakwah" hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah. Siapakah ulama tersebut?















Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut.






















Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS. Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km.














Subhanallah. Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi "berdakwah" hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum. Al-Fatihah.
Sumber : Omaq.org

Read more...

Islam Dan Kesihatan

>> Tuesday, March 24, 2009




Teringat kisah pemburu harimau di daerah Rompin yang mendapat habuan lumayan suatu ketika dulu. Ini kerana daging harimau begitu mendapat tempat di kalangan 'pengamal perubatan' kononnya ia mampu mengubati pelbagai penyakit. Kesian dengan nasib pak belang...


Sebenarnya Islam menggalakkan konsep mencegah penyakit lebih baik dari merawat. Di sini terdapat beberapa tips kesihatan untuk tuan-tuan jadikan amalan. InsyaAllah...


" Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.


Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).





Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.


Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang bolehmerosakkan usus kita.


Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)Wallahualam..
Sumber.. omag.org

Read more...

Kursus Pendek Menghasilkan Blog

>> Sunday, March 22, 2009



Kursus tersebut telah dijalankan di Kolej Komuniti Rompin pada 21 - 22 Mac 2009. Dalam kursus tersebut saya terlibat sebagai penyelaras manakala pengajar utama adalah en. Muahmaad Alias. Domain yang digunakan adalah wordpress. Berikut adalah serba ringkas catatan kursus :





Peserta kursus bergambar beramai-ramai bersama penulis dan en. Alias







Peserta begitu tekun menghasilkan blog sendiri





Berkerut muka bang ni.. mesti sedang memikirkan bagaimana nak selesaikan masalah blog ni







En. Alias menerangkan sesuatu kepada semua peserta






En. Alias menunjukcara kepada salah orang peserta





Penulis juga menunjukkan cara kepada seorang peserta wanita






Salah seorang peserta veteran En. Mubin juga berusaha dan tidak mahu ketinggalan dalam perkembangan dunia masakini. Syabas diucapkan kepada beliau.



Disebabkan permintaan yang begitu tinggi mungkin kursus seperti ini akan diadakan lagi. Ramai peserta meminta kursus yang sama diadakan menggunakan domain blogspot. Dalam post yang akan datang insyAllah saya akan memuatkan jadual kursus pendek untuk bulan April.

Tuan-tuan boleh memuat turun jadual tersebut dalam halaman kanan (ruangan muat turun)

Kepada semua warga Rompin ambillah peluang belajar kerana ilmu itu tiada sempadan, tidak mengira usia, pangkat dan harta. Kemuliaan seseorang adalah terletak pada ilmu dan ketakwaan.

Kepada warga di luar rompin, carilah peluang seperti ini di Kolej Komuniti Terdekat anda.














Read more...

Suami prihatin

>> Saturday, March 21, 2009

Terima kasih diucapkan buat abang tersayang kerana setelah bersungguh-sungguh memberi kursus membina blog menggunakan wordpress di Kolej Komuniti Rompin...pulang ke rumah komputer pula buat hal sedangkan isterinya nak menyiapkan kerja sekolah...

Macam mana ni....cuti tinggal esok saja lagi..Laporan dan perancangan aktiviti bulan dakwah belum siap..hari Isnin ketua panitia dah nak tunjukkan pada Guru Besar...

Tanpa melengahkan masa sampai je ke rumah pada jam 3.00 petang abang terus mengadap komputer..tengok apa yang tak kena. Ana biasalah..tahu guna je...

Sebenarnya komputer kami telah dijangkiti virus...tetapi setelah abang baiki ...Alhamdulillah...Kebetulan kami tergerak hati membeli antivirus kapersky yang tulen semasa perjalanan pulang tempohari.. Kedua-dua komputer kat rumah telah boleh digunakan sepenuhnya. Abang juga sempat menyiapkan network untuk kedua komputer.. (Dah macam cybercafe..)

Bukan itu saja...setelah komputer dan laptop elok abang pula ambil kesempatan ajarkan kepada ana cara nak muat turun maklumat j-QAF dalam http://jqafsklc.blogspot/ dan ana pula nak memulakan blog http://usratussaidah.blogspot.com/

Buat akhirnya...Syukran jazilan..Jazakallahukhairan kathira diucapkan kepada abang yang sentiasa sedia membantu ana sampaikan 'apperance' blog abang sendiri tak sempat di 'update'kan...Terima kasih juga buat Naim yang sedia berkongsi pengetahuan dengan Abang...

Read more...

Belajar Berdikari

>> Thursday, March 19, 2009

Hari ini merupakan hari bekerja bagi abang, jadi tak bolehlah abang menemaniku untuk membeli keperluan juadah tengahari ini dan aku pula masih bercuti...so, kena urus sendiri!!

Mula-mula bimbang juga pergi ke bandar sendirian dengan membawa kakak dan farhan..Kedua-duanya memerlukan kawalan yang rapi...Dalam perjalanan pula ada insiden yang mendebarkan kerana ada sebuah lori minyak yang dipandu dengan laju mengikut terlalu dekat..dan asyik membunyikan hon nya seolah-olah minta diberi laluan. entah apa yang dikejarnya aku pun tak tahu...dengan penuh debaran aku terus ke tepi dan memberi laluan kepada lori tersebut...Biar lambat asal selamat!!

Bila tiba di pasar....adik pantang lepa macam-macam nak dipegangnya tak kira ikan, sayur dan apa saja yang ada di depan semua nak diusik..tak boleh orang pegang tangan, nak jalan sendiri... Kakak pula tak boleh lepas tangan langsung...menangis je...last nye..adik di dukung, sebelah tangan pegang barang dan sebelah lagi pegang tangan kakak.Puas juga dari dalam pasar nak ke tempat parking kereta. Sebenarnya itu menguji kesabaran...

Kebiasaannya pada hari persekolahan tiada masalah kerana anak dihantar ke rumah Umi (pengasuh). Jadi selepas pulang dari sekolah aku terus ke bandar untuk membeli segala kelengkapan memasak atau apa-apa saja keperluan harian yang tidak lengkap. Ini kerana abang bekerja dari jam 8.00 pg hingga 5.00 petang...Kalau aku pulang awal..Selalunya abang yang pulang dulu memandangkan terlalu banyak kerja yang perlu
diselesaikan di sekolah.

Abang seorang yang amat baik..telah memberi peluang kepadaku supaya menyelesaikan segala tugas yang tidak sempat dilaksanakan sewaktu persekolahan...tapi dengan syarat...jangan bawa balik rumah. Memang betul...bila kat rumah kena layan suami dan anak-anak...Memasak ,mengemas itu tanggungjawab di rumah.
Bila cuti-cuti begini dirasakan seperti surirumah sepenuh masa pula...Yelah masa ni dihabiskan dengan menjalankan tanggungjawab di rumah. Sempat melakukan segalanya yang tidak sempat dilakukan pada hari bekerja. Anak pula dijaga sendiri...Pagi-pagi lagi dah fikir nak masak apa ye untuk sarapan...Bila tiba tengahari sibuk menyiapkan makan tengahari dan menunggu kepulangan suami untuk sama-sama menjamu selera di rumah.Satu kepuasan sebenarnya.Kalau hari bekerja bertuah la...makan pun masing-masing kat kantin aje la...

Sekian saja buat kali ini..Kepada para isteri ...jalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan penuh amanah dan ikhlas...InsyaAllah akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah...

Read more...

Siapa Paling Hensom

Sejak kebelakangan ini, banyak permintaan dari Pensyarah KKRompin dan Staf agar dibuat satu penilaian kehensoman warga KKrompin. Di bawah ini adalah pencalonan staf yang paling hensom. Tuan-tuan bolehlah membuat pengundian. undi jangan tak undi..



ZALEHIDAN


SHAHIR


RAMLAN


IKMAL


ESHAM



AZRINSHA



HASWANDI



FAROZ




SHAH AFFANDI








Read more...

Kenduri kahwin di kampung

>> Tuesday, March 17, 2009

Alhamdulillah majlis tersebut berjalan dengan lancar. Kebiasaannya kami akan membawa pulang camera utk kami rakam detik-detik yang dirasakan perlu dirakam. Tapi malangnya kami tidak membawa pulang kamera kami. Jadi apa yang dapat ditonjolkan adalah dari sumbangan adik aina (eina-nana.blogspot.com)


Gambar suasana gotong royong penduduk




Gambar pengantin adik Fakhruradhi







Kepada adik Fakhru tahniah kami ucapkan. Semoga perkahwinan ini berkekalan ke akhir hayat dan meningkatkan ketakwaan kalian.





Gambar ketibaan menantu (menyambut)




Gambar sebahagian kaum ibu (anak-anak dan menantu haji Ahmad)



Suasana hari kenduri sebelah petang

Biasanya di kampung saya majlis diadakan hingga jam 5.00 ptg. Khemah hanya dibuka keesokan atau lusanya.






Perjalanan yang jauh memang memenatkan. Untuk memandu jauh kita perlu merancang perjalanan iaitu :-


  1. Memilih masa sesuai untuk bergerak.

  2. Memilih laluan yang lancar dengan mengikuti infa trafik

  3. Mendapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan.

  4. Memastikan kenderaan berada dalam kondisi yang baik.

  5. Pastikan anda sampai ke destinasi selewatnya sebelum tgh malam. Anda digalakkan memulakan perjalanan di awal pagi dan sampai ke destinasi lebih awal. Perjalanan selepas tengah malam adalah tidak digalakkan. Risiko kemalangan adalh tinggi.

  6. Mendidik/ menggalakkan pasangan anda memandu. Membantu ketika anda memerlukan

Sekian, untuk kali ini. Wassalam

Read more...

Pulang ke kampung ....Singgah bermalam di Banting

>> Monday, March 16, 2009

Pada 7.00 malam 13 Mac 2009, kami sekeluarga telah pulang ke kampung halaman untuk menghadiri dan memeriahkan kenduri perkahwinan adik (Acu Fakhru)

Perjalanan yang jauh dari Kuala Rompin, Pahang menuju ke Kuala Nerang, Kedah memakan masa kira-kira 10 jam..oo..tak sempat nak sampai segera sebab jauh sangat..Abang pula baru pulang dari 'autstation' di Tangkak..letih memandu tak habis lagi, tak sempat rehat nak sambung semula perjalanan..

Pada mulanya kami nak bermalam di rumah adik Ina di Banting...nak singgah sekejap je rumah mak kat Keratong...Tapi bila call adik..mereka pula nak ke Kelantan hantar pengantin.

Macam mana ni ye??Fikir punya fikir kami ambil keputusan tidur rumah mak...tapi kena bertolak awal lah keesokan harinya.

Jam 4.00 pagi..kami bangun dari tidur kemaskan apa yang patut..Selesai semuanya pada jam 4.30 pagi kami bertolak dari Keratong...Awal pula anak-anak bangun dari tidur.Sempat la mereka bersalaman dengan Tok dan Tok Wan..Sejuk juga jalan pagi-pagi. Saya pesan pada abang...kalau ngantuk kita gilir lah..tapi abang ok je..Sampai di Senawang kami terus ikut highway sampai ke Alor Setar.. Berhenti sekejap-sekejap je...nak mandikan adik Farhan & kakak dan buat susu.Kami sampai di Kuala Nerang kira-kira jam 2.30 petang.


Anak kami begitu berminat pada lori - lori besar. Perjalanan yang panjang membuat dia bosan.. Kami memujuknya dengan menunjukkan lori-lori besar


Masa kami sampai, orang dah ramai..tapi kira kami sampai awal la...sebab Abg Mat kata mereka jangkakan kami sampai dalam pukul 6.00 petang gitu la...(orang jauh la katakan...)
Sampai je kat rumah tu kami terus ambil peranan masing-masing.Anak pun ok je...cuma adik Farhan kadang-kadang buat hal juga...

Sepanjang hari kenduri semuanya dapat berjalan dengan lancar dan teratur....



Tengoklah orang tengah sibuk mengemaskan majlis. Perhatikan baju yang digayakan.. sama tak.. (Kira borialah tu ani dan kak balkis .Itulah baju yang keluarga kami pakai) diatur oleh adik aina


Setelah selesai kenduri kami tidak terus pulang ke Pahang.Kami rehat dulu pada malam tu..Sebab penat dalam kereta yang malam sebelumnya pun tak habis lagi.

Kesempatan yang ada tidak disia-siakan. Kami mengambil peluang untuk berziarah ke rumah sanak saudara lain macam rumah Kak Jah, Kak Balkis dan Rumah Bang Mad Sanusi

Anak kami berposing bersama sepupunya adik iman. Walaupun kami duduk berjauhan di rompin.. namun anak kami begitu mesra dengan saudara maranya kerana selalu berziarah.




Kami memulakan perjalanan pulang pada 16 Mac 2009 jam 4.30 petang. kami keluar agak lewat kerana kami berhajat nak bermalam di Banting (Rumah adik Ina &Adik Izie) kerana ada urusan yang nak diselesaikan di Kajang.....Dapat la anak-anak bermain dengan adik Umairah (Anak Saudara)..Adik Farhan tak habis-habis mengusik adik Umairah.Dia memang geram tengok baby.. Kakak pula ok la...sebab suka dengan baby perempuan.

Gambar di bawah adalah adik Nur Umairah Afrina binti Rohaizi yang baru nak belajar merangkak.

Gambar terbawah adalah kakak dan umairah masing-masing menggayakan tudung fesyen terkini






Catatan ini ditulis oleh Puan Rohani binti Sa'ad

Read more...

Pergi Mesyuarat Pemilihan Bank Item Soalan

>> Thursday, March 12, 2009

Sehari dua nih saya mengadap komputer jer lah.. tapi tak sempat nak update blog... Tu yang tak ada post terkini. Cuma saya rasa rindu pada keluarga dan anak-anak la.. kebetulan sebelum bertolak tu anak yang kecil ada sedikit demam. Dia asyik menangis bila dia dapat rasa saya nak outstation.. walhal saya tak bagitau dia pun saya nak keluar beberapa hari. Tahun lepas dia pernah demam bila terpisah dengan ayah dia beberapa kali dalam 3 minggu.

Semalam isteri saya ada memberitahu berkenaan perkembangan blog.. katanya ada kawan kawan baru yang menjadi rakan follower. terima kasih diucapkan kepada kak tirana dan qaseh dylila kerana sudi berkunjung. Juga kepada kak chik (Nordiana) ex UKM kerana sudi menulis dalam my guest book. Sekian untuk pagi nih..(curi-curi masa..) dan saya akan teruskan kerja siapkan soalan. Insya Allah kita jumpa lagi

Read more...

Kecewa Tak Dapat Duduki PTK

>> Tuesday, March 10, 2009

Hari nie agak menyedihkan.. apabila...
8.30 pagi Aku menghadirkan diri ke Kursus Kefahaman Koperasi anjuran KK Rompin
Sebetulnya aku terpilih samada suka atau terpaksa menjadi salah seorang Anggota Lembaga Koperasi. (Tugas dan amanah mesti diteruskan...)
Kursus itu sangat baik membuatkan aku benar-benar faham tantang koperasi
Kursus itu berjalan selama 2 hari. Nak dipendekkan cerita aku mendapat tahu salah seorang peserta En. Azrinsha tidak dapat bersama keesokannya.

"Ust. esok tak dak ka?"
"Saya ada PTK"
"PTK..." Aku kehairanan.. "Macam mana nak chek.."
Ust. Azrensha menjawab. "Kamu chek la kat internet.. masuk Web Page MOHE"

Kebetulan salah seorang rakan ada hand phone canggih.. Ada internet. Nak tau model apa??
Nokia E90 model terbaru brader..

Akupun bagilah no kp aku pada En. Abu Bakar dan dia pun tolong "key in"
Last-last apa aku dapat... No record found..
Kira lebih kurang gitulah kan perkataan tertera pada skrin.. perkataan sebenar aku pun tak ingat..

5.00 ptg aku dah ada kat opis.. Terus aku mencari pic yang bertanggungjawab. Rupa-rupanya ramai yang tak ambil periksa. Malah Puan Noorul Huda iaitu Pegawai Eksekutif kolej turut menyatakan suaminya turut terlepas juga. Menurut maklumat yang aku dapat mulai 2009 pendaftaran PTK tidak lagi dibuat di PPD tapi secara online dan pendaftarannya sekitar januari 09. Ini kerana pensyarah Kolej Komuniti bukan lagi DG tp DH lah katakan... apa nak buat.

Menurut maklumat yang aku dapat lagi notis untuk pendaftaran juga telah dikeluarkan.. mungkin aku dan beberapa pensyarah tak perasan ataupun tak nampak..

Mungkin perkara seperti ini aku perlu bermuhasabah supaya pada masa depan tak berulang lagi. Agaknya satu mekanisma penyampaian yang lebih berkesan perlu difikirkan. PTK tu bukan benda kecik.. masa depan brader!!!!

Tapi bila balik ke rumah... hati sayu jadi ceria melihat keletah anak-anak. Lewat petangnya aku membawa anak aku pegi mandi kat swimming pool Rompin Beach Resort tempat aku berkursus tadi.

Ni gambar aku mandi bersama dengan anak aku.. lama aku mandi.. kat tengah tuh..!!



Dan gambar ni pulak.. anak aku tak mahu naik.. dia tahan dengan kaki dia kat tebing. Nak mandi lagi..
Ni pulak macam biasa apabila main lama-lama kat air apa lagi letih lah dia. Akupun macam biasa.. Buaiiii.. Bila dia dah lena tu senanglah aku nak mengupdatekan blog aku nih.. Wassalam

Read more...

Sleeping Beauty

>> Monday, March 9, 2009



Anakku
Sejak Lahir
Engkau Dibelai
Dimanja Dan Disayang
Ibarat Menatang Minyak Yang Penuh

Tidurmu..

Engkau Tidur
Kau Pejamkan Matamu
Dalam Buai Penuh Syahdu
Kelopak Matamu Gelinangan
Airmata Menahan Nahan
Melawan Ngantukmu...


Hingga Kini..
Kamu Tetap
Ku Buaikan...!!!


Buat tatapan pembaca budiman, gambar di atas adalah Farhan Fitri ketika berumur 1 Hari


Apa cadangan tuan-tuan untuk mengubah kaedah tidur anak dari mengunakan buai kepada tidak menggunakan buai???

Read more...

Kekayaan Daftarkata Bahasa Kedah Ulu

>> Sunday, March 8, 2009

Teringat saya kepada penulisan Tun Dr Mahathir dalam blognya Chedet. com iaitu "Orang Ulu" bertarikh 11 Februari 2009. Beliau mengulas berkenaan Orang Ulu Kedah.
Penulisan beliau membuatkan saya terkenang keadaan masa lalu sekitar awal 80 an yang mungkin kita masih boleh bertemu dengan orang tidak berkasut, menanam padi huma dan sebagainya. Namun disebabkan arus kemodenan generasi sekarang mungkin tidak dapat lagi merasai keadaan sedemikian... Namun terdapat perkara yang kekal dan tidak akan mati iaitu bahasa . Mohamad Suhaimi Ahmad dalam blognya arriesfamily.blogspot.com menulis "uniknya Bahasa Daerah Padang Terap" menerangkan kaedah penyebutan sukukata dalam Bahasa Daerah Padang Terap. Usaha seperti ini diharap akan lebih mendapat perhatian daripada warga penulis blog lain supaya bahasa yang menjadi perbualan turun temurun itu akan kekal segar tak lapok dek hujan, tak lekang dek panas.

Terdapat berbagai perkataan yang mungkin belum didaftarkan dalam kolum bahasa daerah Dewan Bahasa Dan Pustaka seperti nyetok, gari, hite, oit, dom, pedo, bale, thenek, tiatuh, yooi, takey, jaboh, lak,thak, kelolo dan sebagainya.

Contoh perkataan di atas sememang mempunyai makna khusus dan kaedah penyebutan juga sukar bagi mereka yang pertama kali mencuba untuk menyebutnya kerana terdapat "idram-idram" yang tertentu.

Dalam berkeluarga.. saya juga sering menyebut perkataan-perkataan ulu bagi memastikan ia kekal segar dan terus hidup. Isteri saya juga ada mempelajari istilah-istilah tersebut biarpun pada awalnya agak kekok.

Di pejabat saya iaitu Kolej Komuniti Rompin terdapat beberapa rakan yang berasal dari Kedah. Namun kesemuanya berasal dari Kedah Pekan iaitu sekitar Alor Setar. Sememangnya rakan-rakan saya tidak menggunakan bahasa ulu tersebut tetapi mengakui pernah mempunyai rakan yang pernah menuturkannya. Di bawah ini adalah gambar saya dan rakan sekerja yang berasal dari Negeri Kedah.





Read more...

Berbangga dengan hasil tangan sendiri

>> Friday, March 6, 2009






Pertamanya saya nak berkongsi resepi ..

Masak Lemak Pucuk Ranti Bersama Udang (seperti dalam gambar tu )

Bahan -bahannya :
200 gm pucuk ranti
3 ulas bawang merah
5 bijik cili padi
7 ekor udang saiz sederhana
1/2 biji santan kelapa
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk kunyit



Cara-cara membuatnya

Tumis bawang yang ditumbuk bersama cili
Masukkan pati santan kelapa sehingga didih
Masukan garam & kunyit
Masukkan udang
Masukkan pucuk ranti
Tunggu sehingga masak dan silalah menjamu selera
Hidangan tadi untuk 4 orang jer.. keluarga kami



Ada orang cakap pucuk meranti.. Tapi bila saya tengok info sains.. Pucuk ranti adalah nama sebenarnya

Pucuk meranti tu sebenarnya adalah pokok balak dalam hutan. Kayunya selalu dibuat papan.. kuarghhhh.... kuargh...



Tapi.. saya bukannya nak cerita sgt pasal resepi masak nie.. Tu orang perempuan punya cerita. Semua orang boleh memasak Kan.. kan... Tapi.. Yang saya nak fokus adalah bahan mentah untuk resepi nie..

Pokok ranti atau meranti

Pokok ranti @ meranti tu saya tanam sendiri.. Begitulah juga cabai-cabai tuh.. Nie kat bawah nie.. gambornya. Saya tanam kat belakang rumah jer.. Kira okeylah.. kan. Pokok ranti boleh ditanam dalam polibeg, kotak polisterin ataupun terus di atas tanah. Cuma... mesti kena guna tanah bakar.






Sebenarnya.. lepas kahwin baru saya kenal sayur ranti. Sayur nie kegemaran orang keratong 10, kampung halaman isteri kesayangan saya. Kalau kat Kedah tak pernah saya jumpa sayur nih.


Gambar bawah nih adalah rumah saya.. Bolehlah... menumpang teduh. Sewa baru RM200 jer. Saya rasa gembira dapat dok kat situ. ada kengkawan kat kolej tanya kenapa saya sewa rumah kayu jer... selesa ker!!! ??? Tapi halammannya.. boleh tahan. Ala-ala rumah banglo katakan..





Mungkin ini lah jawapannya... Lu pikirlah sendiri










Kesimpulannya.. Apabila merasai sendiri hasil titik peluh kita.. kita akan rasa sgt gembira. Kalau tak caya kawan-kawan cubalah tanam sendiri






Ini adalah gambar isteri saya sedang memotong pucuk ranti untuk dibuat sayur lemak. Kelihatan anak-anak sedang sibuk menolong emak mereka


Selain dari itu saya juga ada menanam pokok cili.. Tapi susah juga nak menjaganya.. Kalau-kalau ada kengkawan yang ada petua bagitaula kat saya...





Read more...

Semakin Lama Semakin Sayang

>> Tuesday, March 3, 2009







Hari ini aku nak berkongsi pengalaman berkenaan kereta saya model wira aeroback 1.6xli.










Aku dah pakai lama kereta ni dari tahun 2002. Sekarang dah nak masuk tujuh tahun.


Kalau korang tgk gambar dia berkilatkan... Cuma masa di tahun 2006 dulu.. aku kira ada bercerai sekejapla dengan keta nie.. Bukannya apa cuma bini aku pakai kereta nie.. sebab masa tu dia hanya pandai guna gear auto. Tapi lepas tukar ke gear manual aku pakai balik kerana aku mula bagi dia pakai atoz yang manual.. terpaksalah kan...












Ini gambar bahagian belakang kereta tuh.. Nak dipendekkan cerita.. aku pernah terlibat dengan kemalangan menggunakan kereta ini.. masa bujang dulu. Tuhan masih bagi peluang untuk aku bernafas dan berkeluarga. Tu gambar anak aku tengah mandi kolam. Nak buat swimming pool tak mampu.. Itu jer yang termampu.



Sepanjang aku pakai kereta ni.. banyak cabaran juga la.. maklumlah kereta yang boleh dikategori berumur.. Gear dah tukar. .. macam macam lah. Kalau ko perati betui-betui gambar enjin.. kira blok enjin jer yang belum tukar..















Yang terbaru aku modified pula throttle body dia... Buat sendiri kat bengkel. Sebenarnya kekadang terlintas juga nak tukar lain.. tapi diingatkan rasa syg.. pakai jerlah . Tapi jgn kita sesekali cakap kat kereta, kita nak tukar kereta lain.. nanti dia meragam pulak.

Lagipun aku ada mengajar automotif dan menguruskan bengkel kat kolej komuniti.. bengkel yang sangat canggih ..kat rompin.. mungkin... Bolehlah praktikkan ilmu kat kereta sendiri...

Kereta baru nie sebenarnye sesuai untuk orang perempuanjer... Sebab kereta lama menuntut kita banyak bersabar.. sebab tu sesuai untuk lelaki..

Kalau ada masa lapang nanti aku nak mengecat kereta nie sendiri... Walaupun kurang cantik bila buat sendiri.. tp sentimental value dia sgt tinggi.. Nanti aku nak tulis pulak tajuk berbangga dgn hasil tangan sendiri

Read more...

Back to TOP  

Go to Mid Page  

Go to Bottom  

Waktu Solat Kawasan Rompin

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP  

Back to MID PAGE