Pengunjung

Selamat Pengantin Baru

>> Thursday, December 24, 2009

Sudah lama saya tidak menulis.. cuma kali ini tergerak hati nak bercerita tentang pengalaman balik kampung. Kami balik kampung pada hari Sabtu 12/12/09




Selamat pengantin baru diucapkan kepada adik Siti Noraiana binti Ahmad dan pasangannya Mohd Aslam bin Mohd Suhaime.




Kami juga sempat bergambar atas pelamin,.. almaklumlah waktu nikah dulu tak sempat merasa pelamin...

Selesai majlis pada 16/12/09 kami berangkat pulang pada 18/12/09 hari Jumaat. cita-cita memang besar sebab nak merasa bermalam di Cameron Highland. Kami naik ikut simpang Pulai.



Tapi malangnya,.. kat atas Cameron penuh sesak,. kami terperangkap dalam trafic hampir 3 jam dari blue Valley ke Brincang. Apabila kami melalui lokasi popular macam Kea Farm, tak terfikir utk kami membeli kerana fikir nak berehat dan mencari penginapan dulu.. cita-cita besar kami tak termakbul apabila semua penginapan telah penuh kerana hari kami sampai adalah cuti umum awal Muharram.





Nasib baiklah saya terbeli satu kotak strawberi yang kononya nak makan atas kereta,.. besok baru nak membeli-belah sayur. Last-last inilah cenderamata yang sempat dibawa turun.




Setelah puas mencari penginapan ditanah rata dan tak berjaya, kami mengambil keputusan untuk turun ke Ringlet,.. sebelum turun kami sempat membeli teh istimewa Cameron. Teh cameron barat...

Perjalanan turun kami melalui Tapah,.. waktu tu dah lewat 11.00 malam kami mencari penginapan di Tapah,. malangnya semua dah penuh. Kami meneruskan perjalanan dah singgah bermalam di Tanjung Malim.

Keesokan harinya kami singgah di Jalan Pasar Kuala Lumpur, di situ kami sempat membeli beberapa peralatan untuk rumah baru kami yang akan siap tak lama lagi.

Apabila sampai ke Rompin macam biasa, saya membawa keluarga ke Pantai untuk menikmati ombak Laut Cina Selatan.

Read more...

Selamat Hari Raya AidilFitri

>> Friday, October 2, 2009

Alhamdulillah , tahun ini saya dapat beraya di Felda Kratong 10, Muadzam Shah Pahang dan Kampung Bendang Raja, Kuala Nerang Kedah.
Hari Raya Pertama adalah di Pahang.

Ketika di Rompin


Isteri menjahit baru Melayu untuk beraya


Bersiap sedia dalam kereta untuk memulakan Perjalanan Jauh sejauh 2000 km pergi dan balik

Ketika di Keratong Pahang

Saya bergotong royong mengacau dodol.. seksanya



Bergambar bersama keluarga sebelah isteri di Pahang sebelum menunaikan sembahyang Raya. Tahun ini keluarga saya memilih warna biru sebagai warna tema hari raya 2009



Mengikuti majlis baraan bersama masyarakat felda di rumah mentua Pahang


Ketika dalam perjalanan dari Pahang ke Kedah


Ketika perjalanan pulang ke Kedah, saya singgah ke rumah pak tam, menziarahi keluarga pak Tam. Gambar atas anak saya bersama moyang mereka


Ketika di Kedah

Keletah anak bermain bunga api di rumah kak Jah, Kuala Nerang



Bergambar bersama Ayahanda Pak di Kampung, Kedah



Kami sempat berkelah di Puncak Janing, satu tempat peranginan berdekatan kampung saya

Ketika dalam perjalanan dari Kedah ke Pahang

Ketika pulang dari Kampung singgah bermalam di rumah bang Cat di Ipoh, Perak


Bergambar bersama Keluarga Bang Cat di depan rumah mereka. Terima kasih Bang Cat dan Kak Badariah kerana menyediakan juadah yang sedap kepada kami. Lain kali kami nak singgah lagi


Ketika pulang dari Ipoh kami singgah berziarah di rumah biras saya Rohaizi dan yang terakhir adalah gambar seketika kembali semula ke Rompin

Melayan anak-anak jiran Rompin datang beraya

Read more...

Hari ini kita berkampung...

>> Saturday, July 18, 2009

Alhamdulillah,.. hari ini Isteri saya menyelesaikan tugasannya sebagai seorang guru jQaf.. Menjayakan Kem Bestari Solat. Manakala saya menjaga anak bersendirian. Sebelah pagi saya ke pasar membeli barangan basah, bersama anak-anak. Saya membeli makanan laut, ikan patin, ayam dan sayur-sayuran.



Apabila isteri pulang saya mengadakan gotong royong memasak bersama isteri



Saya membakar ayam yang dipotong 4 bahagian di belakang rumah



ini lah hasilnya ayam yang saya bakar. Isteri saya membuat resepi dan memerap ayam tersebut, namun bahan seperti serai, daun pisang dan cili (air asam) saya sediakan dengan mengambil dari pokok di belakang rumah.




Manakala isteri saya menyediakan menu kesukaan saya,.. ikan patin masak tempoyak.

Sebenarnya dah lama saya tidak memasak secara gotong royong nih kerana agak sibuk outstation pada waktu cuti semester pelajar nih.

Semasa saya meninjau lawan web rasmi JPPKK Kementerian Pengajian Tinggi saya tidak menyangka gambar saya termasuk dalam portal berkenaan semasa saya menghadiri Kolokium Work Based Learning yang dirasmikan oleh Datuk Khalid Nordin, Menteri Pengajian Tinggi



Pada minggu lepas 6-9 Julai saya merancang untuk menghadiri kursus Autodest Inventor di Politeknik Perlis, namun di sebelah paginya saya dikejutkan dengan satu panggilan dari kampung yang menyatakan abang ipar saya, Ustaz Mat Zain telah kembali ke rahmatulLah, Tanpa berlengah saya menghubungi isteri, saya mengambil anak dari rumah pengasuh, bersiap dan saya terus memandu ke kampung halaman di Kuala Nerang Kedah, saya menziarahi kakak saya dan berada di Kampung sebelah malamnya bagi program Tahlil dan khenduri arwah,. sebelah siangnya saya berangkat ke Perlis untuk berkursus, begitulah rutin untuk beberapa hari.

Pada minggu berikutnya saya terlepas satu mesyuarat penting berkenaan aset alih kerajaan yang diadakan di PICC, Putrajaya. Saya sepatutnya berada di sana pada jam 8.00 pagi 6 julai,.. namun saya tidak mendapat maklumat awal. Namun dalam ruang yang ada saya telah berusaha untuk menjayakan kursus pendek Senggaraan Kenderaan untuk kakitangan JKR negeri Pahang. AlhamdulilLah program tersebut berjalan dengan lancar.



Disebalik semua aktiviti yang begitu padat, peristiwa kembalinya Arwah abang Ipar begitu meninggalkan kesan kepada diri saya. Ini kerana arwah telah berkahwin dengan kakak saya ketika 25 disember 1984, ketika itu saya di darjah tiga. Ketika darjah enam saya telah menetap bersama kakak dan arwah di Sungai Petani selepas pemergian ibu saya setahun sebelumnya. Agak sukar juga menerima berita tersebut pada permulaannya namun begitulah ketetapan ajal manusia hanya Tuhan yang tahu. Semoga rohnya digolongkan bersama orang-orang mukmin. Pemergian beliau begitu mengingatkan saya bahawa segala yang ada didunia ini hanyalah sementara,.. dunia hanyalah pinjaman,.. kalau hari ini kita begitu ceria dengan kerja kita, belum tentu besok kita dapat menjayakannya,..
Kalau hari ini kita berkampung,. belum tentu besok kita akan bersama

Read more...

Kita hanya merancang...

>> Wednesday, July 1, 2009

Demikianlah yang berlaku kepada keluarga saya...
Pada pertengahan Mei lepas saya telah membuat perancangan untuk pulang ke kampung di Kuala Nerang Kedah, iaitu pada 7-14 jun (cuti sekolah minggu ke-2). Ini kerana pelajar Kolej Komuniti mula bercuti pada 7 Jun - 18 Ogos. Saya memohon cuti selama 5 hari. 2 hari cuti gantian dan 3 hari cuti tahun.

Gambar di bawah diambil ketika belum demam di rumah mentua. Perancangan untuk balik kampung telah diatur


Namun apabila tiba tarikh tersebut.. saya sekeluarga dilanda demam virus (melanda rompin). Demam ini agak istimewa kerana berupaya menjangkiti seluruh ahli keluarga, melemahkan tulang dan otot selama lebih 2 minggu.

Saya sekeluarga membuat ujian darah di Hospital Muadzam untuk mengesan tanda-tanda denggi, malaria dan cikungunya.. Alhamdulillah.. cuma virus influenza sahaja yang dikesan. Doktor mengatakan apabila dilanda demam tersebut, badan memerlukan masa melebihi 2 minggu untuk kembali normal.


Gambar di bawah : Anak saya terlantar kesakitan akibat demam


Sepanjang tempoh tersebut,.. anak-anak hanya tidur, kebetulan isteri saya bercuti sekolah.. beliau turut berehat dan menghabiskan cuti di rumah. Saya pula membatalkan cuti dan bekerja seperti biasa.




Kepada keluarga di kampung saya memohon maaf kerana tidak dapat pulang menziarahi kalian. Insya Allah.. di lain masa saya akan pulang.

gambar ini diambil setelah anak saya sihat dan ceria. Mereka menggayakan baju batik yang saya beli dari Pasat Payang, Terengganu


Dalam keadaan yang kurang sihat, saya telah menggagahkan diri bermesyuarat di KL, membuka booth pameran di Rompin Fest, berkursus di Kuala Terengganu dan menghadiri Kolokium Work Based Learning di Ampang.. AlhamdulilLah.. semuanya berjalan lancar



Ketika menghadiri mesyuarat di Heritage Tower, Mines. Saya membawa keluarga bersama memandangkan isteri saya bercuti sekolah. Pada waktu ini isteri saya telah mula dilanda simtom demam. Setelah tamat mesyuarat saya membawa anak menaiki KTM Komuter. Mereka begitu suka kerana ini pengalaman baru bagi mereka



Apa yang penting kita hendaklah sentiasa sabar apabila menghadapi sedikit ujian dari Allah dan hendaklah sentiasa beringat "Waktu sihat sebelum datang sakitmu"

Read more...

Hukum Belajar Tanpa Guru

>> Friday, May 22, 2009

Artikel ini di catat oleh ibnunafis dalam http://www.jomfaham.blogspot.com/. Saya ambil bulat-bulat untuk peringatan diri sendiri dan pembaca


Seorang hamba Allah telah bertanya



Assalamualaikum, saya nak tanya. Pak cik saya ada kata ada hadis yang menyatakan belajar tanpa bimbingan guru umpama belajar bersama dengan syaitan. Apa pendapat anda? Saya tak pasti akan kesahihannya dan saya rasa sahih kerana pak cik saya seorang ustaz. Namun, mungkin ia ada maksud disebaliknya.Minta penjelasan. Terima kasih~



Jawapan oleh Ustaz Abdul Kadir:



Pertamanya menjawab persoalan yang ditimbulkan di awal thread ini. Adakah benar hadis belajar tanpa guru adalah berguru dengan syaitan? Ana katakan, ana tidak pernah menjumpai matan hadis sedemikian dalam kitab-kitab hadis yang muktabar. Ana katakan "tak pernah jumpa", bukan ana katakan ia palsu tau.




Namun begitu para ulamak biasa menyebut kalam ini di dalam kitab-kitab mereka. Ingat satu perkara yang mesti kita iktiqad, ulamak agung silam takkan dengan sengaja menulis sesuatu mengikut hawa nafsu dan meletakkan sesuatu yang mereka anggap salah. Mereka tentu beranggapan kalam tersebut adalah benar. Hormatilah ulamak dan jangan bersikap kurang ajar dengan mereka.




Lebih-lebih lagi dengan kalam yang lebih sahih iaitu "sesungguhnya ilmu itu didapati dengan dipelajari." Imam Syafie pula pernah menyatakan, "sesiapa yang tafaqquh dari perut kitab, maka dia telah kehilangan hukum-hakam". Para ulamak juga menyebutkan, "antara kebodohan terbesar, adalah menjadikan helaian-helaian sebagai syaikh".




Walaupun kenyataan belajar dengan syaitan itu, tidak didapati sahih dari segi sanadnya (jalur riwayat), tapi ia sahih dari segi maknanya (bagi mereka yang melihat dengan hati yang cerah dan bersikap terbuka).


Ia adalah suatu perumpamaan daripada para ulamak untuk memberi peringatan kepada mereka yang suka menjadikan bahan bacaannya sebagai ilmunya. Jangan difahami secara zahir plak ya. Perlu diingat, buku adalah alat sahaja untuk menimba ilmu. Untuk menggunakan alat, perlu kepada yang pakar untuk menunjuk caranya.




Kita lihat hari ini, salah faham terhadap agama, kebanyakannya berasal daripada golongan yang suka membaca tanpa guru, lantas memahami dengan salah dan menyesatkan pula kefahaman orang lain. Lihat sahajalah ajaran-ajaran sesat yang timbul sekarang, kebanyakannya adalah intepratasi dari kitab-kitab yang sahih. Bukankah ini adalah bukti yang cukup jelas betapa syaitan menyesatkan manusia yang membaca dan belajar tanpa berguru?




Buku yang kandungannya penuh dengan Ayat-ayat Alquran dan hadis-hadis yang kuat pun, boleh disalah fahami lantas menatijahkan kesesatan kepada pembacanya. Oleh kerana itu ulamak zaman berzaman sentiasa menasihati kita agar berjaga-jaga dalam pembacaan buku. Orang yang belajar dengan berguru pun boleh sesat, apatah lagi orang yang tidak belajar dengan guru kan?




Akan tetapi, bukanlah kita menutup terus pintu bacaan kepada Ummat Islam. Malah Ummat Islam sepatutnya menjadi ummat yang paling rajin membaca. Hanyasanya, bacalah buku mengikut tahap kemampuan masing-masing. Kita akan merasa lucu, jika seorang pelajar fizik sekolah menengah, membaca dan membahaskan teori fizik yang ditulis oleh seorang profesor untuk dibahaskan oleh profesor-profesor lain.




Di dalam ilmu agama juga begitu. Tiada masalah untuk kita semua membaca kitab-kitab motivasi agama, sirah para rasul dan sahabat, galakan beribadat dan ancaman terhadap kemaksiatan, dan sebagainya. Namun di sana, ada kitab-kitab yang memerlukan kepada guru yang membimbing. Ada juga yang memerlukan kita membaca, kemudian bertanya kepada guru. Ada juga buku yang boleh dibaca oleh mereka yang sudah mencapai ke tahap pembelajaran yang tertentu. Hukum tak boleh diambil sekadar membaca. Aqidah jauh sekali.




Ini bermakna, memang membaca tanpa berguru itu banyak membawa kesesatan yang disemarakkan lagi oleh syaitan. Namun Islam tetap menggalakkan sikap suka membaca. Islam juga mengajarkan kepada kita adab-adab membaca, cara membaca, apa yang hendak dan boleh dibaca, bila hendak dibaca dan sebagainya, bagi mengelakkan kita menjadi bahan tawa syaitan yang direjam.

Read more...

Pengalaman Duduk Di Kuarters KIP

>> Thursday, May 21, 2009




Pengalaman ini ingin saya kongsikan dengan rakan pembaca supaya ia dapat menyedarkan kita akan hak-hak orang lain...

Pada tahun 2008 isteri saya telah memohon dan berjaya menetap di Kuarter KIP Bandar Tun Razak, Muadzam Shah memandang di kawasan tersebut kurang pilihan samada menyewa atau alternatif lain. Seperti kebanyakan Kuarters KIP keselesaan dalaman kuarters memang tidak dapat di sangkal. Ruang yang luas, selesa dan terdapat penyelenggaraan berjadual serta dilengkapi perabut membuatkan permintaan untuk menginap di kuarters KIP begitu tinggi. Namun di sebalik semua keselesaan itu terdapat satu masalah yang mungkin membelenggu setiap penghuninya..

Masalah tersebut adalah Parking Berbumbung.

Saya di fahamkan parking berbumbung disediakan atas muafakat penduduk setempat dengan kos ditanggung secara individu. Pada permulaannya setiap rumah akan mendapat satu parking, dan apabila penghuni tersebut berpindah contohnya A32 maka tapak ini akan diambil oleh orang lain yang sanggup membayar sebahagian kos tersebut. Masalah akan berlaku apabila tapak tersebut diambil oleh orang lain (jiran-jirannya) yang telah mengetahui beliau akan berpindah. Ini membuatkan tapak parking tersebut tidak akan dimiliki oleh orang yang baru menduduki rumah yang telah dipindah tadi A32.



Ini akan mendatangkan rasa tidak puas hati kepada orang yang baru tadi kerana beliau juga mahukan satu tapak parking dan sanggup membayar sekiranya terdapat tapak yang kosong. Apabila tidak ada tapak beliau terpaksa mencari satu kawasan yang jauh untuk parking, sedangkan tapak parking yang telah dimiliki adalah berdekatan sahaja dengan bangunan.

Saya juga telah mengalami pengalaman yang sama..

Di sebabkan tidak tahu (terdapat label rumah penghuni lama yang belum ditanggalkan) saya terus meletak kereta di tempat tersebut. Akibatnya saya telah diberi notis oleh pemilik tersebut.

Lebih teruk lagi terdapat penghuni yang hanya ada satu kenderaan, tetapi memiliki lebih dari satu parking.. yang sebenarnya menyusahkan orang lain. Mereka seolah-olah memikirkan tapak tersebut kepunyaan mereka.

Kepada insan sedemikian (pemilik) saya ingin mengingatkan :

1. Parking tersebut adalah hak semua orang, kerana semua orang mampu membayar untuk mendapatkan tapak tersebut
2. Walaupun pemilik membayar tapak tersebut.. tetapi bayaran yang dibuat hanyalah untuk nilai besi, atap dan kos ubah buruh.. sedangkan tapak tersebut adalah tanah kerajaan



3. Kalau difikirkan logik pemilik sebenarnya tidak membuat apa -apa bayaran kerana apabila beliau keluar nanti, pemilik baru akan membayar wang kepadanya
4. Masalah akan berlaku apabila seseorang outstation, tidak menggunakan tapak tersebut dan tapak tersebut akan kosong, penghuni lain tidak boleh mengisi ruang tersebut. Sekiranya kita perhatikan terdapat 5 atau 6 buah kenderaan di parking di luar pagar kuarters sedangkan di bahagian dalam terdapat sekitar 10 ke 15 parking yang kosong. Sekiranya tiada parking tempat tersebut boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.
5. Dalam akta bengunan terdapat undang-undang tertentu seperti peraturan bomba, keselamatan dan sebagainya yang menjadi persoalan adakah pembinaan parking tersebut selamat. Adakah ia tidak menghalang jentera bomba sekiranya berlaku kebakaran.
6. Sekiranya bumbung tersebut tertanggal (akibat angin) dan mengenai individu lain, adakah terdapat sebarang bentuk jaminan tanggungan kepada individu malang tersebut.
7. Sekiranya penghuni lain yang tidak berpuashati membuat laporan kepada pihak berwajib misalnya.. saya percaya arahan meruntuhkan parking akan berjalan
8. Tidak salah memiliki parking berbumbung tapi ingatlah kepada orang lain, misalnya satu rumah satu parking mungkin tak apa.
9. Masalah akan menjadi rumit kepada pasangan yang memiliki anak kecil. Seperti kes saya.. saya bekerja di Rompin, dan saya keluar bekerja jam 6.30 pagi dan balik kerja (sampai rumah) sekitar jam 6.30 petang. Isteri saya terpaksa menguruskan anak bersendirian dan sekiranya hujan bayangkanlah...
9. Masalah seperti ini berterusan berlaku.. Kepada rakan lain seperti rakan saya Ustaz Wan Husaimi yang menginap ditempat tersebut juga mengalami masalah yang sama dan mungkin tiada kesudahan kalau kita tidak menginsafi.

Read more...

Kepanasan rumah kayu

>> Monday, May 18, 2009


Pemandangan peserta-peserta kursus di Chalet Peladang Inn

Setelah berakhirnya Angin Monsun Timur Laut (Nov. hingga Mac) cuaca begitu panas di Kuala Rompin . Kepanasan ini merebak ke dalam rumahku (Chalet Peladang Inn) yang diperbuat 90 peratus kayu. Berbanding rumah batu penghuni rumah kayu akan mengalami kepanasan melampau di siang hari manakala suhu pada waktu malam amatlah sejuk sekali.



Pemandangan rumah ku yang di sewa dari pihak pengurusan Lembaga Pertubuhan Peladang

Alternatif untuk menyejukkan rumah adalah melalui penggunaan air-cond. Namun penyewa perlu memohon kelulusan dari pihak pentadbiran peladang.

Sebagai langkah segera saya mencuba air-cond portable. Kelebihan air cond ini ia boleh di pasang terus pada palam 3 pin, boleh dibawa ke mana-mana, tidak perlu installation berbanding air cond jenis split unit. Air cond portable ini sama seperti air-cond biasa dari segi prinsipnya. Terdapat gas freon R22 seberat 660 gram di dalamnya. Ia menggunakan kuasa pemampat 9000 b.t.u (1 Hp). Perbezaannya adalah bahagian pemeluwap (condensor) berada di dalam rumah. Bahagian pemeluwap ini sangat panas. Untuk mengeluarkan angin panas, satu paip untuk mengeluarkan angin panas dari rumah telah disediakan.



Penggunaan air cond portable

Bahagian luar rumah. Udara panas dikeluarkan dari kondensor.

Keselesaan air-cond



Anaksaya dapat tidur dengan lenanya.. Ramai rakan yang sama menginap di Peladang bertanya kepada saya tentang produk ini kerana sukar untuk mendapatnya di pasaran. Harga sekitar RM1000.00.

Read more...

Selamat Hari Guru 2009

>> Saturday, May 16, 2009

Sajak ini ciptaan Allahyarham Usman Awang, semoga rohnya dicucuri rahmat.. Al-fatihah


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
1979

Kesempatan ini juga saya ingin memohon ampun dan maaf kiranya ada salah dan silap kepada semua gugu-guru saya...

1975- Kedua orang tua ku
1981- Guru tadika Masjid Kuala Nerang, Guru agama di Masjid Kampung Bendang Raja
1982-Guru SKKN, Guru agama Masjid Kampung Bendang Raja, Guru Muqaddam Ustaz Ramli
1987-Guru SR Ibrahim, Sungai Petani
1988- Guru SMDSA
1991- Guru MRSM Perlis
1993-Guru Mozac, Melaka
1994-Guru PMKP, Pilah
1995-Pensyarah UKM, Bangi
2001-Pensyarah MPT KL, Cheras
2002-Guru SMT Kuala Selangor
2005-Puan Rohani Saad
2005-Guru SMT Shah Alam
2007-Pensyarah KKRompin



GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
SELAMAT HARI GURU...
BERSAMA MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUAN

Kepada guru-guru ku.. Hanya tuhan yang membalas jasa kalian.

Read more...

Selamat Hari Ibu.. yang tercinta...

>> Saturday, May 9, 2009




Tanggal 3 Februari 1986, Ibuku Kamariah Bt. Selaiman telah menghembus nafas terakhir. Pada waktu itu aku baru berumur 11 tahun dan menuntut di darjah lima Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang (SKKN).

Ketika pulang dari sekolah dengan menaiki bas Mara, aku diberitahu oleh rakan sekolah Azizah bt. Abdul Rahman bahawa ibu telah tiada. Beliau mendapat tahu dari ibunya yang di panggil Mak Teh Esah. Di kala itu air mata terus keluar bercucuran dari mataku.. Aku mahu menangis semahunya tapi aku menahan.. kerana ketika itu aku dimaklumkan oleh Ustaz Rozi (SKKN) bahawa "sekiranya kita menangis meratapi pemergian ibu, setitis airmata akan memisahkan kita sejauh lautan"

Ketika itu aku cuba menahan, namun air mata tetap keluar, ia tetap tidak dapat ditahan..
Apabila sampai ke rumah, ayah (Pak) telah menungguku...

Aku dibawa ke Kampung Padang Nyior rumah mak ngah Ramlah (Nyah), sebuah kawasan pondok sekolah agama rakyat. Pak Teh Mad dan arwah Pak Ngah telah sama-sama mewakaf dan membangunkan pondok tersebut. Di situ aku melihat orang begitu ramai di rumah Nyah. Bacaan surah Yassin kedengaran di mana-mana. Terus terang aku katakan, selepas pemergian ibu apabila mendengar sahaja bacaan yassin, air mata terus mengalir keluar.. Bayangkan seorang kanak-kanak yang bongsu sepertiku terpaksa menerima ujian sebegini berat. Aku begitu pasrah.

Aku masih ingat tatkala aku menjenguk jenazahnya, aku mencium tubuh ibu, beliau dimandikan dan seterunya di balut dengan kain kafan putih. Dan waktu terakhir aku mencium dahinya bersama-sama anggota keluarga lain.. Sambil diperhatikan oleh seluruh masyarakat yang berziarah.

MasyaAllah
...

Suasana hening sebegini hanya Tuhan yang tahu

Ibuku telah lama sakit, beliau telah mencuba berbagai kaedah perubatan daripada perubatan moden sehinggalah perubatan kampung. Aku masih ingat ketika aku dalam Darjah 4, ketika itu seluruh abang dan kakakku tiada di rumah kerana masing-masing menetap di asrama. Dan sebagai kanak-kanak aku juga mahu keluar bermain.. meninggalkan ibu kesakitan keseorangan di rumah.

Ketika aku pulang bermain ibu menegurku kerana meninggalkannya. Waktu itu disebabkan kesakitan, pergerakan ibu begitu terbatas, dan ketiadaanku di rumah lebih menyukarkan ibu....
Namun aku kurang mengerti di kala itu...

Ibu pernah menyatakan padaku,.. jika dia tiada nanti tahulah aku bagaimana hidup tanpanya.. sebetulnya kehidupan selepas ketiadaan ibu begitu sukar sekali, menghadapi asam dan garam sebelum menjengah dewasa...

Ibu pernah berpesan selepas pemergiannya Kak Nab (kakak ke-2) mesti menjaga ku. Waktu itu kak Nab menetap di Sungai Petani. Selepas kematian ibu, aku tidak terus menetap dengan Kak Nab, aku meneruskan pengajian sehingga tamat darjah lima dan mengambil peperiksaan penilaian darjah lima di SKKN.


23 tahun telah berlalu.. namun bila ku kenang ia bagaikan peristiwa semalam...



Di rumah inilah ibu menghembus nafas terakhir

Read more...

Kena tag lah pulak

Ha..ha ha.. Hari ni saya kena tag lah pulak, rasa seronok pun ada kerana dah lama saya tak update blog nih,,.. sekarang nih banyak menghabiskan masa kat Facebook, almaklumlah dapat kontek kawan-kawan lama kat mrsm perlis dulu 91/92 dan kawan matrikulasi ukm 93/99. Tapi hari nin saya kembali mengupdatekan blog saya. Terima kasih kepada kakak, abang dan adik-adik blogger semua.


Sebab menjadi follower..

1. Rasa nak menyelami jiwa blogger muda
2. Melihat kretiviti Eazy Izzudin, kalau boleh nak mengkaji script-script html/java
3. Penuhi masa lapang dgn membaca
4. Zaman abg belajar dulu tak ada blog-blog nih
5. Ingin mengucapkan tahniah dan teruskan perjuangan...

Read more...

Basikal dan Kereta Baru

>> Friday, May 1, 2009

Ha...hari ni ayah ada sesuatu yang baru buat kakak dan adik...jom kita pergi ke kedai basikal...


Asal perancangan cuti hari pekerja ni kami nak balik kampung di Keratong 10...tapi isteri tercinta kata nak bereskan kerja rumah dulu..pastu emak kat kampung pula call tanya nak balik bila...katanya nak minta tolong tempah kek untuk kenduri rumah jiran sebelah...lastnya isteri tak tempah pun sebab tak sempat and dia buat sendiri je...Kek coklat..Masa tulis post ni kek kat dalam oven lagi.


Berbalik citer kat kedai basikal...seronoknya wajah simanja berdua ni bila saya bawa mereka ke kedai basikal...


kakak tengah testing basikal...




Adik pun sama..a..ha..












Ni basikal baru kakak...kakak sayang basikal ni...itulah ayat yang tak lekang dari bibir kakak...terkenang zaman saya kecik2 dulu....









Adik pun tengah bergaya dengan kereta barunya...sebelum ni main tolocar kakak ...kakak pula dah ada basikal baru.
Mula-mula belajar kayuh dalam rumah dulu...petang nanti kita pergi kolej ayah...kita belajar basikal kat sana..
Cerita seterusnya bersambung di www.usratussaidah.blogspot.com. Selamat melayarinya...

Read more...

Back to TOP  

Go to Mid Page  

Go to Bottom  

Waktu Solat Kawasan Rompin

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP  

Back to MID PAGE