Pengunjung

Hari ini kita berkampung...

>> Saturday, July 18, 2009

Alhamdulillah,.. hari ini Isteri saya menyelesaikan tugasannya sebagai seorang guru jQaf.. Menjayakan Kem Bestari Solat. Manakala saya menjaga anak bersendirian. Sebelah pagi saya ke pasar membeli barangan basah, bersama anak-anak. Saya membeli makanan laut, ikan patin, ayam dan sayur-sayuran.



Apabila isteri pulang saya mengadakan gotong royong memasak bersama isteri



Saya membakar ayam yang dipotong 4 bahagian di belakang rumah



ini lah hasilnya ayam yang saya bakar. Isteri saya membuat resepi dan memerap ayam tersebut, namun bahan seperti serai, daun pisang dan cili (air asam) saya sediakan dengan mengambil dari pokok di belakang rumah.




Manakala isteri saya menyediakan menu kesukaan saya,.. ikan patin masak tempoyak.

Sebenarnya dah lama saya tidak memasak secara gotong royong nih kerana agak sibuk outstation pada waktu cuti semester pelajar nih.

Semasa saya meninjau lawan web rasmi JPPKK Kementerian Pengajian Tinggi saya tidak menyangka gambar saya termasuk dalam portal berkenaan semasa saya menghadiri Kolokium Work Based Learning yang dirasmikan oleh Datuk Khalid Nordin, Menteri Pengajian Tinggi



Pada minggu lepas 6-9 Julai saya merancang untuk menghadiri kursus Autodest Inventor di Politeknik Perlis, namun di sebelah paginya saya dikejutkan dengan satu panggilan dari kampung yang menyatakan abang ipar saya, Ustaz Mat Zain telah kembali ke rahmatulLah, Tanpa berlengah saya menghubungi isteri, saya mengambil anak dari rumah pengasuh, bersiap dan saya terus memandu ke kampung halaman di Kuala Nerang Kedah, saya menziarahi kakak saya dan berada di Kampung sebelah malamnya bagi program Tahlil dan khenduri arwah,. sebelah siangnya saya berangkat ke Perlis untuk berkursus, begitulah rutin untuk beberapa hari.

Pada minggu berikutnya saya terlepas satu mesyuarat penting berkenaan aset alih kerajaan yang diadakan di PICC, Putrajaya. Saya sepatutnya berada di sana pada jam 8.00 pagi 6 julai,.. namun saya tidak mendapat maklumat awal. Namun dalam ruang yang ada saya telah berusaha untuk menjayakan kursus pendek Senggaraan Kenderaan untuk kakitangan JKR negeri Pahang. AlhamdulilLah program tersebut berjalan dengan lancar.



Disebalik semua aktiviti yang begitu padat, peristiwa kembalinya Arwah abang Ipar begitu meninggalkan kesan kepada diri saya. Ini kerana arwah telah berkahwin dengan kakak saya ketika 25 disember 1984, ketika itu saya di darjah tiga. Ketika darjah enam saya telah menetap bersama kakak dan arwah di Sungai Petani selepas pemergian ibu saya setahun sebelumnya. Agak sukar juga menerima berita tersebut pada permulaannya namun begitulah ketetapan ajal manusia hanya Tuhan yang tahu. Semoga rohnya digolongkan bersama orang-orang mukmin. Pemergian beliau begitu mengingatkan saya bahawa segala yang ada didunia ini hanyalah sementara,.. dunia hanyalah pinjaman,.. kalau hari ini kita begitu ceria dengan kerja kita, belum tentu besok kita dapat menjayakannya,..
Kalau hari ini kita berkampung,. belum tentu besok kita akan bersama

3 comments:

:: eyeNa :: July 18, 2009 at 11:17 PM  

alahaii.. al fatihah utk abg zain.. kita yg hidup pasti menuju mati.. selagi ada nyawa di kandung badan, tunjukkan kasih syg kita.. "berkongsi sekadarnya, bersama seadanya".. eheh.. BTKK..

NzA July 26, 2009 at 6:28 AM  

tahniah le krn rajin tlog isteri...bahgianya isteri tu dpt suami yg rajin cam abg sidi nihhh...

en_me September 7, 2009 at 5:20 AM  

rajinnyerr abang sidi itteww.. salam ramadhann almubarak

Back to TOP  

Go to Mid Page  

Go to Bottom  

Waktu Solat Kawasan Rompin

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP  

Back to MID PAGE