Pengunjung

Hukum Belajar Tanpa Guru

>> Friday, May 22, 2009

Artikel ini di catat oleh ibnunafis dalam http://www.jomfaham.blogspot.com/. Saya ambil bulat-bulat untuk peringatan diri sendiri dan pembaca


Seorang hamba Allah telah bertanya



Assalamualaikum, saya nak tanya. Pak cik saya ada kata ada hadis yang menyatakan belajar tanpa bimbingan guru umpama belajar bersama dengan syaitan. Apa pendapat anda? Saya tak pasti akan kesahihannya dan saya rasa sahih kerana pak cik saya seorang ustaz. Namun, mungkin ia ada maksud disebaliknya.Minta penjelasan. Terima kasih~



Jawapan oleh Ustaz Abdul Kadir:



Pertamanya menjawab persoalan yang ditimbulkan di awal thread ini. Adakah benar hadis belajar tanpa guru adalah berguru dengan syaitan? Ana katakan, ana tidak pernah menjumpai matan hadis sedemikian dalam kitab-kitab hadis yang muktabar. Ana katakan "tak pernah jumpa", bukan ana katakan ia palsu tau.




Namun begitu para ulamak biasa menyebut kalam ini di dalam kitab-kitab mereka. Ingat satu perkara yang mesti kita iktiqad, ulamak agung silam takkan dengan sengaja menulis sesuatu mengikut hawa nafsu dan meletakkan sesuatu yang mereka anggap salah. Mereka tentu beranggapan kalam tersebut adalah benar. Hormatilah ulamak dan jangan bersikap kurang ajar dengan mereka.




Lebih-lebih lagi dengan kalam yang lebih sahih iaitu "sesungguhnya ilmu itu didapati dengan dipelajari." Imam Syafie pula pernah menyatakan, "sesiapa yang tafaqquh dari perut kitab, maka dia telah kehilangan hukum-hakam". Para ulamak juga menyebutkan, "antara kebodohan terbesar, adalah menjadikan helaian-helaian sebagai syaikh".




Walaupun kenyataan belajar dengan syaitan itu, tidak didapati sahih dari segi sanadnya (jalur riwayat), tapi ia sahih dari segi maknanya (bagi mereka yang melihat dengan hati yang cerah dan bersikap terbuka).


Ia adalah suatu perumpamaan daripada para ulamak untuk memberi peringatan kepada mereka yang suka menjadikan bahan bacaannya sebagai ilmunya. Jangan difahami secara zahir plak ya. Perlu diingat, buku adalah alat sahaja untuk menimba ilmu. Untuk menggunakan alat, perlu kepada yang pakar untuk menunjuk caranya.




Kita lihat hari ini, salah faham terhadap agama, kebanyakannya berasal daripada golongan yang suka membaca tanpa guru, lantas memahami dengan salah dan menyesatkan pula kefahaman orang lain. Lihat sahajalah ajaran-ajaran sesat yang timbul sekarang, kebanyakannya adalah intepratasi dari kitab-kitab yang sahih. Bukankah ini adalah bukti yang cukup jelas betapa syaitan menyesatkan manusia yang membaca dan belajar tanpa berguru?




Buku yang kandungannya penuh dengan Ayat-ayat Alquran dan hadis-hadis yang kuat pun, boleh disalah fahami lantas menatijahkan kesesatan kepada pembacanya. Oleh kerana itu ulamak zaman berzaman sentiasa menasihati kita agar berjaga-jaga dalam pembacaan buku. Orang yang belajar dengan berguru pun boleh sesat, apatah lagi orang yang tidak belajar dengan guru kan?




Akan tetapi, bukanlah kita menutup terus pintu bacaan kepada Ummat Islam. Malah Ummat Islam sepatutnya menjadi ummat yang paling rajin membaca. Hanyasanya, bacalah buku mengikut tahap kemampuan masing-masing. Kita akan merasa lucu, jika seorang pelajar fizik sekolah menengah, membaca dan membahaskan teori fizik yang ditulis oleh seorang profesor untuk dibahaskan oleh profesor-profesor lain.




Di dalam ilmu agama juga begitu. Tiada masalah untuk kita semua membaca kitab-kitab motivasi agama, sirah para rasul dan sahabat, galakan beribadat dan ancaman terhadap kemaksiatan, dan sebagainya. Namun di sana, ada kitab-kitab yang memerlukan kepada guru yang membimbing. Ada juga yang memerlukan kita membaca, kemudian bertanya kepada guru. Ada juga buku yang boleh dibaca oleh mereka yang sudah mencapai ke tahap pembelajaran yang tertentu. Hukum tak boleh diambil sekadar membaca. Aqidah jauh sekali.




Ini bermakna, memang membaca tanpa berguru itu banyak membawa kesesatan yang disemarakkan lagi oleh syaitan. Namun Islam tetap menggalakkan sikap suka membaca. Islam juga mengajarkan kepada kita adab-adab membaca, cara membaca, apa yang hendak dan boleh dibaca, bila hendak dibaca dan sebagainya, bagi mengelakkan kita menjadi bahan tawa syaitan yang direjam.

Read more...

Pengalaman Duduk Di Kuarters KIP

>> Thursday, May 21, 2009




Pengalaman ini ingin saya kongsikan dengan rakan pembaca supaya ia dapat menyedarkan kita akan hak-hak orang lain...

Pada tahun 2008 isteri saya telah memohon dan berjaya menetap di Kuarter KIP Bandar Tun Razak, Muadzam Shah memandang di kawasan tersebut kurang pilihan samada menyewa atau alternatif lain. Seperti kebanyakan Kuarters KIP keselesaan dalaman kuarters memang tidak dapat di sangkal. Ruang yang luas, selesa dan terdapat penyelenggaraan berjadual serta dilengkapi perabut membuatkan permintaan untuk menginap di kuarters KIP begitu tinggi. Namun di sebalik semua keselesaan itu terdapat satu masalah yang mungkin membelenggu setiap penghuninya..

Masalah tersebut adalah Parking Berbumbung.

Saya di fahamkan parking berbumbung disediakan atas muafakat penduduk setempat dengan kos ditanggung secara individu. Pada permulaannya setiap rumah akan mendapat satu parking, dan apabila penghuni tersebut berpindah contohnya A32 maka tapak ini akan diambil oleh orang lain yang sanggup membayar sebahagian kos tersebut. Masalah akan berlaku apabila tapak tersebut diambil oleh orang lain (jiran-jirannya) yang telah mengetahui beliau akan berpindah. Ini membuatkan tapak parking tersebut tidak akan dimiliki oleh orang yang baru menduduki rumah yang telah dipindah tadi A32.



Ini akan mendatangkan rasa tidak puas hati kepada orang yang baru tadi kerana beliau juga mahukan satu tapak parking dan sanggup membayar sekiranya terdapat tapak yang kosong. Apabila tidak ada tapak beliau terpaksa mencari satu kawasan yang jauh untuk parking, sedangkan tapak parking yang telah dimiliki adalah berdekatan sahaja dengan bangunan.

Saya juga telah mengalami pengalaman yang sama..

Di sebabkan tidak tahu (terdapat label rumah penghuni lama yang belum ditanggalkan) saya terus meletak kereta di tempat tersebut. Akibatnya saya telah diberi notis oleh pemilik tersebut.

Lebih teruk lagi terdapat penghuni yang hanya ada satu kenderaan, tetapi memiliki lebih dari satu parking.. yang sebenarnya menyusahkan orang lain. Mereka seolah-olah memikirkan tapak tersebut kepunyaan mereka.

Kepada insan sedemikian (pemilik) saya ingin mengingatkan :

1. Parking tersebut adalah hak semua orang, kerana semua orang mampu membayar untuk mendapatkan tapak tersebut
2. Walaupun pemilik membayar tapak tersebut.. tetapi bayaran yang dibuat hanyalah untuk nilai besi, atap dan kos ubah buruh.. sedangkan tapak tersebut adalah tanah kerajaan



3. Kalau difikirkan logik pemilik sebenarnya tidak membuat apa -apa bayaran kerana apabila beliau keluar nanti, pemilik baru akan membayar wang kepadanya
4. Masalah akan berlaku apabila seseorang outstation, tidak menggunakan tapak tersebut dan tapak tersebut akan kosong, penghuni lain tidak boleh mengisi ruang tersebut. Sekiranya kita perhatikan terdapat 5 atau 6 buah kenderaan di parking di luar pagar kuarters sedangkan di bahagian dalam terdapat sekitar 10 ke 15 parking yang kosong. Sekiranya tiada parking tempat tersebut boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.
5. Dalam akta bengunan terdapat undang-undang tertentu seperti peraturan bomba, keselamatan dan sebagainya yang menjadi persoalan adakah pembinaan parking tersebut selamat. Adakah ia tidak menghalang jentera bomba sekiranya berlaku kebakaran.
6. Sekiranya bumbung tersebut tertanggal (akibat angin) dan mengenai individu lain, adakah terdapat sebarang bentuk jaminan tanggungan kepada individu malang tersebut.
7. Sekiranya penghuni lain yang tidak berpuashati membuat laporan kepada pihak berwajib misalnya.. saya percaya arahan meruntuhkan parking akan berjalan
8. Tidak salah memiliki parking berbumbung tapi ingatlah kepada orang lain, misalnya satu rumah satu parking mungkin tak apa.
9. Masalah akan menjadi rumit kepada pasangan yang memiliki anak kecil. Seperti kes saya.. saya bekerja di Rompin, dan saya keluar bekerja jam 6.30 pagi dan balik kerja (sampai rumah) sekitar jam 6.30 petang. Isteri saya terpaksa menguruskan anak bersendirian dan sekiranya hujan bayangkanlah...
9. Masalah seperti ini berterusan berlaku.. Kepada rakan lain seperti rakan saya Ustaz Wan Husaimi yang menginap ditempat tersebut juga mengalami masalah yang sama dan mungkin tiada kesudahan kalau kita tidak menginsafi.

Read more...

Kepanasan rumah kayu

>> Monday, May 18, 2009


Pemandangan peserta-peserta kursus di Chalet Peladang Inn

Setelah berakhirnya Angin Monsun Timur Laut (Nov. hingga Mac) cuaca begitu panas di Kuala Rompin . Kepanasan ini merebak ke dalam rumahku (Chalet Peladang Inn) yang diperbuat 90 peratus kayu. Berbanding rumah batu penghuni rumah kayu akan mengalami kepanasan melampau di siang hari manakala suhu pada waktu malam amatlah sejuk sekali.



Pemandangan rumah ku yang di sewa dari pihak pengurusan Lembaga Pertubuhan Peladang

Alternatif untuk menyejukkan rumah adalah melalui penggunaan air-cond. Namun penyewa perlu memohon kelulusan dari pihak pentadbiran peladang.

Sebagai langkah segera saya mencuba air-cond portable. Kelebihan air cond ini ia boleh di pasang terus pada palam 3 pin, boleh dibawa ke mana-mana, tidak perlu installation berbanding air cond jenis split unit. Air cond portable ini sama seperti air-cond biasa dari segi prinsipnya. Terdapat gas freon R22 seberat 660 gram di dalamnya. Ia menggunakan kuasa pemampat 9000 b.t.u (1 Hp). Perbezaannya adalah bahagian pemeluwap (condensor) berada di dalam rumah. Bahagian pemeluwap ini sangat panas. Untuk mengeluarkan angin panas, satu paip untuk mengeluarkan angin panas dari rumah telah disediakan.



Penggunaan air cond portable

Bahagian luar rumah. Udara panas dikeluarkan dari kondensor.

Keselesaan air-cond



Anaksaya dapat tidur dengan lenanya.. Ramai rakan yang sama menginap di Peladang bertanya kepada saya tentang produk ini kerana sukar untuk mendapatnya di pasaran. Harga sekitar RM1000.00.

Read more...

Selamat Hari Guru 2009

>> Saturday, May 16, 2009

Sajak ini ciptaan Allahyarham Usman Awang, semoga rohnya dicucuri rahmat.. Al-fatihah


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
1979

Kesempatan ini juga saya ingin memohon ampun dan maaf kiranya ada salah dan silap kepada semua gugu-guru saya...

1975- Kedua orang tua ku
1981- Guru tadika Masjid Kuala Nerang, Guru agama di Masjid Kampung Bendang Raja
1982-Guru SKKN, Guru agama Masjid Kampung Bendang Raja, Guru Muqaddam Ustaz Ramli
1987-Guru SR Ibrahim, Sungai Petani
1988- Guru SMDSA
1991- Guru MRSM Perlis
1993-Guru Mozac, Melaka
1994-Guru PMKP, Pilah
1995-Pensyarah UKM, Bangi
2001-Pensyarah MPT KL, Cheras
2002-Guru SMT Kuala Selangor
2005-Puan Rohani Saad
2005-Guru SMT Shah Alam
2007-Pensyarah KKRompin



GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
SELAMAT HARI GURU...
BERSAMA MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUAN

Kepada guru-guru ku.. Hanya tuhan yang membalas jasa kalian.

Read more...

Selamat Hari Ibu.. yang tercinta...

>> Saturday, May 9, 2009




Tanggal 3 Februari 1986, Ibuku Kamariah Bt. Selaiman telah menghembus nafas terakhir. Pada waktu itu aku baru berumur 11 tahun dan menuntut di darjah lima Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang (SKKN).

Ketika pulang dari sekolah dengan menaiki bas Mara, aku diberitahu oleh rakan sekolah Azizah bt. Abdul Rahman bahawa ibu telah tiada. Beliau mendapat tahu dari ibunya yang di panggil Mak Teh Esah. Di kala itu air mata terus keluar bercucuran dari mataku.. Aku mahu menangis semahunya tapi aku menahan.. kerana ketika itu aku dimaklumkan oleh Ustaz Rozi (SKKN) bahawa "sekiranya kita menangis meratapi pemergian ibu, setitis airmata akan memisahkan kita sejauh lautan"

Ketika itu aku cuba menahan, namun air mata tetap keluar, ia tetap tidak dapat ditahan..
Apabila sampai ke rumah, ayah (Pak) telah menungguku...

Aku dibawa ke Kampung Padang Nyior rumah mak ngah Ramlah (Nyah), sebuah kawasan pondok sekolah agama rakyat. Pak Teh Mad dan arwah Pak Ngah telah sama-sama mewakaf dan membangunkan pondok tersebut. Di situ aku melihat orang begitu ramai di rumah Nyah. Bacaan surah Yassin kedengaran di mana-mana. Terus terang aku katakan, selepas pemergian ibu apabila mendengar sahaja bacaan yassin, air mata terus mengalir keluar.. Bayangkan seorang kanak-kanak yang bongsu sepertiku terpaksa menerima ujian sebegini berat. Aku begitu pasrah.

Aku masih ingat tatkala aku menjenguk jenazahnya, aku mencium tubuh ibu, beliau dimandikan dan seterunya di balut dengan kain kafan putih. Dan waktu terakhir aku mencium dahinya bersama-sama anggota keluarga lain.. Sambil diperhatikan oleh seluruh masyarakat yang berziarah.

MasyaAllah
...

Suasana hening sebegini hanya Tuhan yang tahu

Ibuku telah lama sakit, beliau telah mencuba berbagai kaedah perubatan daripada perubatan moden sehinggalah perubatan kampung. Aku masih ingat ketika aku dalam Darjah 4, ketika itu seluruh abang dan kakakku tiada di rumah kerana masing-masing menetap di asrama. Dan sebagai kanak-kanak aku juga mahu keluar bermain.. meninggalkan ibu kesakitan keseorangan di rumah.

Ketika aku pulang bermain ibu menegurku kerana meninggalkannya. Waktu itu disebabkan kesakitan, pergerakan ibu begitu terbatas, dan ketiadaanku di rumah lebih menyukarkan ibu....
Namun aku kurang mengerti di kala itu...

Ibu pernah menyatakan padaku,.. jika dia tiada nanti tahulah aku bagaimana hidup tanpanya.. sebetulnya kehidupan selepas ketiadaan ibu begitu sukar sekali, menghadapi asam dan garam sebelum menjengah dewasa...

Ibu pernah berpesan selepas pemergiannya Kak Nab (kakak ke-2) mesti menjaga ku. Waktu itu kak Nab menetap di Sungai Petani. Selepas kematian ibu, aku tidak terus menetap dengan Kak Nab, aku meneruskan pengajian sehingga tamat darjah lima dan mengambil peperiksaan penilaian darjah lima di SKKN.


23 tahun telah berlalu.. namun bila ku kenang ia bagaikan peristiwa semalam...



Di rumah inilah ibu menghembus nafas terakhir

Read more...

Kena tag lah pulak

Ha..ha ha.. Hari ni saya kena tag lah pulak, rasa seronok pun ada kerana dah lama saya tak update blog nih,,.. sekarang nih banyak menghabiskan masa kat Facebook, almaklumlah dapat kontek kawan-kawan lama kat mrsm perlis dulu 91/92 dan kawan matrikulasi ukm 93/99. Tapi hari nin saya kembali mengupdatekan blog saya. Terima kasih kepada kakak, abang dan adik-adik blogger semua.


Sebab menjadi follower..

1. Rasa nak menyelami jiwa blogger muda
2. Melihat kretiviti Eazy Izzudin, kalau boleh nak mengkaji script-script html/java
3. Penuhi masa lapang dgn membaca
4. Zaman abg belajar dulu tak ada blog-blog nih
5. Ingin mengucapkan tahniah dan teruskan perjuangan...

Read more...

Basikal dan Kereta Baru

>> Friday, May 1, 2009

Ha...hari ni ayah ada sesuatu yang baru buat kakak dan adik...jom kita pergi ke kedai basikal...


Asal perancangan cuti hari pekerja ni kami nak balik kampung di Keratong 10...tapi isteri tercinta kata nak bereskan kerja rumah dulu..pastu emak kat kampung pula call tanya nak balik bila...katanya nak minta tolong tempah kek untuk kenduri rumah jiran sebelah...lastnya isteri tak tempah pun sebab tak sempat and dia buat sendiri je...Kek coklat..Masa tulis post ni kek kat dalam oven lagi.


Berbalik citer kat kedai basikal...seronoknya wajah simanja berdua ni bila saya bawa mereka ke kedai basikal...


kakak tengah testing basikal...




Adik pun sama..a..ha..












Ni basikal baru kakak...kakak sayang basikal ni...itulah ayat yang tak lekang dari bibir kakak...terkenang zaman saya kecik2 dulu....









Adik pun tengah bergaya dengan kereta barunya...sebelum ni main tolocar kakak ...kakak pula dah ada basikal baru.
Mula-mula belajar kayuh dalam rumah dulu...petang nanti kita pergi kolej ayah...kita belajar basikal kat sana..
Cerita seterusnya bersambung di www.usratussaidah.blogspot.com. Selamat melayarinya...

Read more...

Back to TOP  

Go to Mid Page  

Go to Bottom  

Waktu Solat Kawasan Rompin

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP  

Back to MID PAGE