Pengunjung

Selamat Hari Guru 2009

>> Saturday, May 16, 2009

Sajak ini ciptaan Allahyarham Usman Awang, semoga rohnya dicucuri rahmat.. Al-fatihah


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
1979

Kesempatan ini juga saya ingin memohon ampun dan maaf kiranya ada salah dan silap kepada semua gugu-guru saya...

1975- Kedua orang tua ku
1981- Guru tadika Masjid Kuala Nerang, Guru agama di Masjid Kampung Bendang Raja
1982-Guru SKKN, Guru agama Masjid Kampung Bendang Raja, Guru Muqaddam Ustaz Ramli
1987-Guru SR Ibrahim, Sungai Petani
1988- Guru SMDSA
1991- Guru MRSM Perlis
1993-Guru Mozac, Melaka
1994-Guru PMKP, Pilah
1995-Pensyarah UKM, Bangi
2001-Pensyarah MPT KL, Cheras
2002-Guru SMT Kuala Selangor
2005-Puan Rohani Saad
2005-Guru SMT Shah Alam
2007-Pensyarah KKRompin



GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
SELAMAT HARI GURU...
BERSAMA MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUAN

Kepada guru-guru ku.. Hanya tuhan yang membalas jasa kalian.

0 comments:

Back to TOP  

Go to Mid Page  

Go to Bottom  

Waktu Solat Kawasan Rompin

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP  

Back to MID PAGE