Pengunjung

Selamat Hari Ibu.. yang tercinta...

>> Saturday, May 9, 2009




Tanggal 3 Februari 1986, Ibuku Kamariah Bt. Selaiman telah menghembus nafas terakhir. Pada waktu itu aku baru berumur 11 tahun dan menuntut di darjah lima Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang (SKKN).

Ketika pulang dari sekolah dengan menaiki bas Mara, aku diberitahu oleh rakan sekolah Azizah bt. Abdul Rahman bahawa ibu telah tiada. Beliau mendapat tahu dari ibunya yang di panggil Mak Teh Esah. Di kala itu air mata terus keluar bercucuran dari mataku.. Aku mahu menangis semahunya tapi aku menahan.. kerana ketika itu aku dimaklumkan oleh Ustaz Rozi (SKKN) bahawa "sekiranya kita menangis meratapi pemergian ibu, setitis airmata akan memisahkan kita sejauh lautan"

Ketika itu aku cuba menahan, namun air mata tetap keluar, ia tetap tidak dapat ditahan..
Apabila sampai ke rumah, ayah (Pak) telah menungguku...

Aku dibawa ke Kampung Padang Nyior rumah mak ngah Ramlah (Nyah), sebuah kawasan pondok sekolah agama rakyat. Pak Teh Mad dan arwah Pak Ngah telah sama-sama mewakaf dan membangunkan pondok tersebut. Di situ aku melihat orang begitu ramai di rumah Nyah. Bacaan surah Yassin kedengaran di mana-mana. Terus terang aku katakan, selepas pemergian ibu apabila mendengar sahaja bacaan yassin, air mata terus mengalir keluar.. Bayangkan seorang kanak-kanak yang bongsu sepertiku terpaksa menerima ujian sebegini berat. Aku begitu pasrah.

Aku masih ingat tatkala aku menjenguk jenazahnya, aku mencium tubuh ibu, beliau dimandikan dan seterunya di balut dengan kain kafan putih. Dan waktu terakhir aku mencium dahinya bersama-sama anggota keluarga lain.. Sambil diperhatikan oleh seluruh masyarakat yang berziarah.

MasyaAllah
...

Suasana hening sebegini hanya Tuhan yang tahu

Ibuku telah lama sakit, beliau telah mencuba berbagai kaedah perubatan daripada perubatan moden sehinggalah perubatan kampung. Aku masih ingat ketika aku dalam Darjah 4, ketika itu seluruh abang dan kakakku tiada di rumah kerana masing-masing menetap di asrama. Dan sebagai kanak-kanak aku juga mahu keluar bermain.. meninggalkan ibu kesakitan keseorangan di rumah.

Ketika aku pulang bermain ibu menegurku kerana meninggalkannya. Waktu itu disebabkan kesakitan, pergerakan ibu begitu terbatas, dan ketiadaanku di rumah lebih menyukarkan ibu....
Namun aku kurang mengerti di kala itu...

Ibu pernah menyatakan padaku,.. jika dia tiada nanti tahulah aku bagaimana hidup tanpanya.. sebetulnya kehidupan selepas ketiadaan ibu begitu sukar sekali, menghadapi asam dan garam sebelum menjengah dewasa...

Ibu pernah berpesan selepas pemergiannya Kak Nab (kakak ke-2) mesti menjaga ku. Waktu itu kak Nab menetap di Sungai Petani. Selepas kematian ibu, aku tidak terus menetap dengan Kak Nab, aku meneruskan pengajian sehingga tamat darjah lima dan mengambil peperiksaan penilaian darjah lima di SKKN.


23 tahun telah berlalu.. namun bila ku kenang ia bagaikan peristiwa semalam...



Di rumah inilah ibu menghembus nafas terakhir

4 comments:

aLi May 10, 2009 at 8:41 PM  

Syahdu jgk membacanya...

Idham May 11, 2009 at 3:04 AM  

Sedih betul cerita abg sidi...nak tau jgak siapa yang jaga mak abg sidi masa dia meninggal ?

Mohamad Rasidi Bin Ahmad May 11, 2009 at 6:51 AM  

Alhamdulillah.. ada juga saudara pembaca yang turut melahirkan simpati.. niat saya cuma mahu menginsafi rakan dan taulan akan peri pentingnya kita mengasihi dan menyayangi ibu kita..
Sebenarnya arwah emak saya mengidap penyakit tumor di bahagian pinggul. Tumor tersebut merebak ke tahap serius pada 1985. Pada waktu itu kakak saya Kak Jah menjaga emak saya, dia menunggu STPM. Kemudiaannya dia menyambung pelajaran di UM. Pada waktu itu seingat saya setiap hari orang datang melawat emak saya. Pada waktu itu kakak yang sulong menguruskan makan minum. Cuma pada tahun 1986 emak mengambil keputusan untuk kembali ke kampung halamannya. Di kampung tersebut juga ada seorang lagi kakak emak yang sulong.. (sekarang umurnya sekitar 99 tahun. Di kampung tersebut emak berpeluang berdampingan dengan rakan-rakan lamanya yang kebanyakannya menetap di pondok dan waktu itu abang saya, Abu Bakar (blog www.karg2008.blogspot.com) masih menunggu keputusan SPM. Beliau menjaga emak saya sehinggalah ke saat-saat akhir hayat emak. Beliau memangku emak ketika emak menghembuskan nafas terakhirnya. Manakala urusan makan minum diuruskan oleh mak ngah dan kakak saya yang sulong. Ketika makngah (nyah) masih hidup kami sekeluarga sering berkumpul di rumah tersebut setiapkali aidilfitri, tetapi apabila mak ngah tiada memang suram. Ibu saudarapun ibarat ibu kita juga kasih sayangnya.. sebab itu kita mesti menziarahi mereka

yus May 12, 2009 at 5:07 PM  

semoga arwah ditempatkan bersama2 meraka yg beramal soleh.

Back to TOP  

Go to Mid Page  

Go to Bottom  

Waktu Solat Kawasan Rompin

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP  

Back to MID PAGE