Pengunjung

Pengalaman Duduk Di Kuarters KIP

>> Thursday, May 21, 2009




Pengalaman ini ingin saya kongsikan dengan rakan pembaca supaya ia dapat menyedarkan kita akan hak-hak orang lain...

Pada tahun 2008 isteri saya telah memohon dan berjaya menetap di Kuarter KIP Bandar Tun Razak, Muadzam Shah memandang di kawasan tersebut kurang pilihan samada menyewa atau alternatif lain. Seperti kebanyakan Kuarters KIP keselesaan dalaman kuarters memang tidak dapat di sangkal. Ruang yang luas, selesa dan terdapat penyelenggaraan berjadual serta dilengkapi perabut membuatkan permintaan untuk menginap di kuarters KIP begitu tinggi. Namun di sebalik semua keselesaan itu terdapat satu masalah yang mungkin membelenggu setiap penghuninya..

Masalah tersebut adalah Parking Berbumbung.

Saya di fahamkan parking berbumbung disediakan atas muafakat penduduk setempat dengan kos ditanggung secara individu. Pada permulaannya setiap rumah akan mendapat satu parking, dan apabila penghuni tersebut berpindah contohnya A32 maka tapak ini akan diambil oleh orang lain yang sanggup membayar sebahagian kos tersebut. Masalah akan berlaku apabila tapak tersebut diambil oleh orang lain (jiran-jirannya) yang telah mengetahui beliau akan berpindah. Ini membuatkan tapak parking tersebut tidak akan dimiliki oleh orang yang baru menduduki rumah yang telah dipindah tadi A32.



Ini akan mendatangkan rasa tidak puas hati kepada orang yang baru tadi kerana beliau juga mahukan satu tapak parking dan sanggup membayar sekiranya terdapat tapak yang kosong. Apabila tidak ada tapak beliau terpaksa mencari satu kawasan yang jauh untuk parking, sedangkan tapak parking yang telah dimiliki adalah berdekatan sahaja dengan bangunan.

Saya juga telah mengalami pengalaman yang sama..

Di sebabkan tidak tahu (terdapat label rumah penghuni lama yang belum ditanggalkan) saya terus meletak kereta di tempat tersebut. Akibatnya saya telah diberi notis oleh pemilik tersebut.

Lebih teruk lagi terdapat penghuni yang hanya ada satu kenderaan, tetapi memiliki lebih dari satu parking.. yang sebenarnya menyusahkan orang lain. Mereka seolah-olah memikirkan tapak tersebut kepunyaan mereka.

Kepada insan sedemikian (pemilik) saya ingin mengingatkan :

1. Parking tersebut adalah hak semua orang, kerana semua orang mampu membayar untuk mendapatkan tapak tersebut
2. Walaupun pemilik membayar tapak tersebut.. tetapi bayaran yang dibuat hanyalah untuk nilai besi, atap dan kos ubah buruh.. sedangkan tapak tersebut adalah tanah kerajaan



3. Kalau difikirkan logik pemilik sebenarnya tidak membuat apa -apa bayaran kerana apabila beliau keluar nanti, pemilik baru akan membayar wang kepadanya
4. Masalah akan berlaku apabila seseorang outstation, tidak menggunakan tapak tersebut dan tapak tersebut akan kosong, penghuni lain tidak boleh mengisi ruang tersebut. Sekiranya kita perhatikan terdapat 5 atau 6 buah kenderaan di parking di luar pagar kuarters sedangkan di bahagian dalam terdapat sekitar 10 ke 15 parking yang kosong. Sekiranya tiada parking tempat tersebut boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.
5. Dalam akta bengunan terdapat undang-undang tertentu seperti peraturan bomba, keselamatan dan sebagainya yang menjadi persoalan adakah pembinaan parking tersebut selamat. Adakah ia tidak menghalang jentera bomba sekiranya berlaku kebakaran.
6. Sekiranya bumbung tersebut tertanggal (akibat angin) dan mengenai individu lain, adakah terdapat sebarang bentuk jaminan tanggungan kepada individu malang tersebut.
7. Sekiranya penghuni lain yang tidak berpuashati membuat laporan kepada pihak berwajib misalnya.. saya percaya arahan meruntuhkan parking akan berjalan
8. Tidak salah memiliki parking berbumbung tapi ingatlah kepada orang lain, misalnya satu rumah satu parking mungkin tak apa.
9. Masalah akan menjadi rumit kepada pasangan yang memiliki anak kecil. Seperti kes saya.. saya bekerja di Rompin, dan saya keluar bekerja jam 6.30 pagi dan balik kerja (sampai rumah) sekitar jam 6.30 petang. Isteri saya terpaksa menguruskan anak bersendirian dan sekiranya hujan bayangkanlah...
9. Masalah seperti ini berterusan berlaku.. Kepada rakan lain seperti rakan saya Ustaz Wan Husaimi yang menginap ditempat tersebut juga mengalami masalah yang sama dan mungkin tiada kesudahan kalau kita tidak menginsafi.

1 comments:

mis molek May 22, 2009 at 2:58 AM  

arini angin ape ntah went blog hopping tu yang sampai kat bro nye blog tu.

persamaan kita ialah SMTKS.. was there for one year.. masa tu kitorang bagi nama JunTech.. huhuhuhu punyelah glamer name sekolah.

hav been to kg paya @ mukim padang temak kuala nerang sekali..

lain xde lagi kot.. salam kepada cikgu sekeluarga.

sori buat karangan laks.

Back to TOP  

Go to Mid Page  

Go to Bottom  

Waktu Solat Kawasan Rompin

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP  

Back to MID PAGE