Pengunjung

Kita hanya merancang...

>> Wednesday, July 1, 2009

Demikianlah yang berlaku kepada keluarga saya...
Pada pertengahan Mei lepas saya telah membuat perancangan untuk pulang ke kampung di Kuala Nerang Kedah, iaitu pada 7-14 jun (cuti sekolah minggu ke-2). Ini kerana pelajar Kolej Komuniti mula bercuti pada 7 Jun - 18 Ogos. Saya memohon cuti selama 5 hari. 2 hari cuti gantian dan 3 hari cuti tahun.

Gambar di bawah diambil ketika belum demam di rumah mentua. Perancangan untuk balik kampung telah diatur


Namun apabila tiba tarikh tersebut.. saya sekeluarga dilanda demam virus (melanda rompin). Demam ini agak istimewa kerana berupaya menjangkiti seluruh ahli keluarga, melemahkan tulang dan otot selama lebih 2 minggu.

Saya sekeluarga membuat ujian darah di Hospital Muadzam untuk mengesan tanda-tanda denggi, malaria dan cikungunya.. Alhamdulillah.. cuma virus influenza sahaja yang dikesan. Doktor mengatakan apabila dilanda demam tersebut, badan memerlukan masa melebihi 2 minggu untuk kembali normal.


Gambar di bawah : Anak saya terlantar kesakitan akibat demam


Sepanjang tempoh tersebut,.. anak-anak hanya tidur, kebetulan isteri saya bercuti sekolah.. beliau turut berehat dan menghabiskan cuti di rumah. Saya pula membatalkan cuti dan bekerja seperti biasa.




Kepada keluarga di kampung saya memohon maaf kerana tidak dapat pulang menziarahi kalian. Insya Allah.. di lain masa saya akan pulang.

gambar ini diambil setelah anak saya sihat dan ceria. Mereka menggayakan baju batik yang saya beli dari Pasat Payang, Terengganu


Dalam keadaan yang kurang sihat, saya telah menggagahkan diri bermesyuarat di KL, membuka booth pameran di Rompin Fest, berkursus di Kuala Terengganu dan menghadiri Kolokium Work Based Learning di Ampang.. AlhamdulilLah.. semuanya berjalan lancar



Ketika menghadiri mesyuarat di Heritage Tower, Mines. Saya membawa keluarga bersama memandangkan isteri saya bercuti sekolah. Pada waktu ini isteri saya telah mula dilanda simtom demam. Setelah tamat mesyuarat saya membawa anak menaiki KTM Komuter. Mereka begitu suka kerana ini pengalaman baru bagi mereka



Apa yang penting kita hendaklah sentiasa sabar apabila menghadapi sedikit ujian dari Allah dan hendaklah sentiasa beringat "Waktu sihat sebelum datang sakitmu"

1 comments:

yus July 6, 2009 at 2:26 AM  

alhamdulillah semuanya dah kembali sihat.

Back to TOP  

Go to Mid Page  

Go to Bottom  

Waktu Solat Kawasan Rompin

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP  

Back to MID PAGE