Pengunjung

Berbangga dengan hasil tangan sendiri

>> Friday, March 6, 2009






Pertamanya saya nak berkongsi resepi ..

Masak Lemak Pucuk Ranti Bersama Udang (seperti dalam gambar tu )

Bahan -bahannya :
200 gm pucuk ranti
3 ulas bawang merah
5 bijik cili padi
7 ekor udang saiz sederhana
1/2 biji santan kelapa
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk kunyit



Cara-cara membuatnya

Tumis bawang yang ditumbuk bersama cili
Masukkan pati santan kelapa sehingga didih
Masukan garam & kunyit
Masukkan udang
Masukkan pucuk ranti
Tunggu sehingga masak dan silalah menjamu selera
Hidangan tadi untuk 4 orang jer.. keluarga kami



Ada orang cakap pucuk meranti.. Tapi bila saya tengok info sains.. Pucuk ranti adalah nama sebenarnya

Pucuk meranti tu sebenarnya adalah pokok balak dalam hutan. Kayunya selalu dibuat papan.. kuarghhhh.... kuargh...



Tapi.. saya bukannya nak cerita sgt pasal resepi masak nie.. Tu orang perempuan punya cerita. Semua orang boleh memasak Kan.. kan... Tapi.. Yang saya nak fokus adalah bahan mentah untuk resepi nie..

Pokok ranti atau meranti

Pokok ranti @ meranti tu saya tanam sendiri.. Begitulah juga cabai-cabai tuh.. Nie kat bawah nie.. gambornya. Saya tanam kat belakang rumah jer.. Kira okeylah.. kan. Pokok ranti boleh ditanam dalam polibeg, kotak polisterin ataupun terus di atas tanah. Cuma... mesti kena guna tanah bakar.






Sebenarnya.. lepas kahwin baru saya kenal sayur ranti. Sayur nie kegemaran orang keratong 10, kampung halaman isteri kesayangan saya. Kalau kat Kedah tak pernah saya jumpa sayur nih.


Gambar bawah nih adalah rumah saya.. Bolehlah... menumpang teduh. Sewa baru RM200 jer. Saya rasa gembira dapat dok kat situ. ada kengkawan kat kolej tanya kenapa saya sewa rumah kayu jer... selesa ker!!! ??? Tapi halammannya.. boleh tahan. Ala-ala rumah banglo katakan..





Mungkin ini lah jawapannya... Lu pikirlah sendiri










Kesimpulannya.. Apabila merasai sendiri hasil titik peluh kita.. kita akan rasa sgt gembira. Kalau tak caya kawan-kawan cubalah tanam sendiri






Ini adalah gambar isteri saya sedang memotong pucuk ranti untuk dibuat sayur lemak. Kelihatan anak-anak sedang sibuk menolong emak mereka


Selain dari itu saya juga ada menanam pokok cili.. Tapi susah juga nak menjaganya.. Kalau-kalau ada kengkawan yang ada petua bagitaula kat saya...





1 comments:

Pok Li March 8, 2009 at 5:23 PM  

Salam MauliduRasul. Sodap nampak lauknya.

Back to TOP  

Go to Mid Page  

Go to Bottom  

Waktu Solat Kawasan Rompin

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP  

Back to MID PAGE