Pengunjung

Sibuk sikit jer..

>> Sunday, March 29, 2009

Sejak 2 menjak nih tak sempat nak updatekan blog.. Ini kerana pada minggu lepas saya bertugas kat luar sebagai "Penyambut tetamu VIP" untuk Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Zon Timur yang diadakan di Institut Aminudin Baki, Genting Highland.. 27-29 Mac 2008.






Semasa kat sana bermacam pengalaman menarik namun saya tak ada gambar. Rakan saya Qamaruddin (Pensyarah STE) ada mengambil gambar. InsyaAllah kalau ada kelapangan saya akan muatkan.





Selepas selesai kerja, saya bersama rakan memandu ke atas puncak kawasan Resort World. Mencabar rasanya memandu ke atas tu. Semasa naik saya tercium bau hangit keluar dari enjin, mungkin disebabkan Clutch Plate.


Sewaktu menurun pulak sekali lagi tercium bau hangit yang berpunca dari brake.


Namun minggu nie bermula 1-4 April sekali lagi saya akan ke Genting View, Genting Highland kerana menghadiri Kursus Perasa bersama semua warga KKrompin. Boring juga sebab pegi tempat sama.









Pada minggu seterusnya saya akan ke Mesyuarat MQA, satu badan akreditasi yang dulunya dikenali sebagai LAN. Tarikhnya 6 - 8 April.








Perihal anak memang dia rasa meragam juga.. Namun dengan kecanggihan teknologi saya dpt sentiasa mengikuti perkembangannya. Isteri telah kisahkan dalam blog permata hati http://www.usratussaidah.blogspot.com/. Kepada pembaca silalah melawat ke laman blog isteri saya.


Saya juga ada memuatkan jadual kursus pendek bulan April Kolej Komuniti Rompin. Tuan-tuan bolehlah memuat turun pada ruangan muat turun sebelah kanan blog saya

0 comments:

Back to TOP  

Go to Mid Page  

Go to Bottom  

Waktu Solat Kawasan Rompin

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP  

Back to MID PAGE