Pengunjung

Islam Dan Kesihatan

>> Tuesday, March 24, 2009




Teringat kisah pemburu harimau di daerah Rompin yang mendapat habuan lumayan suatu ketika dulu. Ini kerana daging harimau begitu mendapat tempat di kalangan 'pengamal perubatan' kononnya ia mampu mengubati pelbagai penyakit. Kesian dengan nasib pak belang...


Sebenarnya Islam menggalakkan konsep mencegah penyakit lebih baik dari merawat. Di sini terdapat beberapa tips kesihatan untuk tuan-tuan jadikan amalan. InsyaAllah...


" Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.


Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).





Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.


Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang bolehmerosakkan usus kita.


Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)Wallahualam..
Sumber.. omag.org

1 comments:

Anonymous March 31, 2009 at 3:04 AM  

Soal jawab dari panel feqh al-ahkam.net.
Jawapan berbeza dari artikel anda.
Sila nyatakan rujukan kitab anda...

Soalan :
alamoalaykum W.B.T
boleh tak ustaz pastikan adakah ada hadith berkenaan dengan Nabi Muhammad S.A.W lebih menyukai bangun diawal pagi untuk mandi, kerana pada masa itu air sejuk dan juga amat menyukai untuk meminum air yang sejuk pada waktu tersebut?

adakah betul Baginda Nabi Muhammad S.A.W tidak mengalakkan kita untuk mengambil makanan laut bersama2 dengan makanan darat ketika makan?

Apakah hukum nya melabuhkan kaki seluar melepasi buku lali? adakah sunnat, haram, atau makruh? apakah yang Sunahnya?

terimakasih... harap ustaz2 sekalian dapat membantu..

_________________
NIK



alitantawi
Maqam 3



Joined: Mar 27, 2006
Posts: 1321

Posted: Mar 28, 2009 - 02:24 PM


--------------------------------------------------------------------------------
وعليكم السلام
sekadar pencarian...

1- Sememangnya Rasulullah SAW bangun untuk solat malam atau qiyamullail, dan Baginda juga mandi terutama kalau dalam keadaan junub. Namun tidak dapat dipastikan adakah itu disebabkan oleh keadaan air pada waktu itu.

2- Tentang Rasulullah SAW minum air sejuk pada waktu itu, juga tidak dapat saya temui berdasarkan kemampuan saya yang terhad. Apa yang ditemui ialah terdapat hadith yang menceritakan bahawa Nabi SAW suka meminum air sejuk yang manis [diriwayatkan oleh al-Tirmidzi - no.2016 dan al-Tirmidzi menilainya sebagai dhaif].

3- Tentang larangan mengambil makanan darat dan laut bersama2, itu juga tidak dapat saya temui hasil pencarian saya.

4- Berkaitan melabuhkan kaki seluar melepasi buku lali (termasuk juga kaki jubah dan sebagainya) bagi seorang lelaki, digalakkan mengangkatnya. Tetapi tidaklah haram baginya melabuhkannya selagi mana tiada unsur sombong atau riya'. Walau bagaimanapun, perbincangan tentang isu ini panjang dan inilah pendapat ulama yang saya pilih.

terdapat hadith-hadith yang sahih diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain lagi berkaitan tajuk ini. Para ulama telah menghuraikannya dan berlaku perbezaan pendapat.

والله أعلم

Back to TOP  

Go to Mid Page  

Go to Bottom  

Waktu Solat Kawasan Rompin

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP  

Back to MID PAGE