Pengunjung

Pulang ke kampung ....Singgah bermalam di Banting

>> Monday, March 16, 2009

Pada 7.00 malam 13 Mac 2009, kami sekeluarga telah pulang ke kampung halaman untuk menghadiri dan memeriahkan kenduri perkahwinan adik (Acu Fakhru)

Perjalanan yang jauh dari Kuala Rompin, Pahang menuju ke Kuala Nerang, Kedah memakan masa kira-kira 10 jam..oo..tak sempat nak sampai segera sebab jauh sangat..Abang pula baru pulang dari 'autstation' di Tangkak..letih memandu tak habis lagi, tak sempat rehat nak sambung semula perjalanan..

Pada mulanya kami nak bermalam di rumah adik Ina di Banting...nak singgah sekejap je rumah mak kat Keratong...Tapi bila call adik..mereka pula nak ke Kelantan hantar pengantin.

Macam mana ni ye??Fikir punya fikir kami ambil keputusan tidur rumah mak...tapi kena bertolak awal lah keesokan harinya.

Jam 4.00 pagi..kami bangun dari tidur kemaskan apa yang patut..Selesai semuanya pada jam 4.30 pagi kami bertolak dari Keratong...Awal pula anak-anak bangun dari tidur.Sempat la mereka bersalaman dengan Tok dan Tok Wan..Sejuk juga jalan pagi-pagi. Saya pesan pada abang...kalau ngantuk kita gilir lah..tapi abang ok je..Sampai di Senawang kami terus ikut highway sampai ke Alor Setar.. Berhenti sekejap-sekejap je...nak mandikan adik Farhan & kakak dan buat susu.Kami sampai di Kuala Nerang kira-kira jam 2.30 petang.


Anak kami begitu berminat pada lori - lori besar. Perjalanan yang panjang membuat dia bosan.. Kami memujuknya dengan menunjukkan lori-lori besar


Masa kami sampai, orang dah ramai..tapi kira kami sampai awal la...sebab Abg Mat kata mereka jangkakan kami sampai dalam pukul 6.00 petang gitu la...(orang jauh la katakan...)
Sampai je kat rumah tu kami terus ambil peranan masing-masing.Anak pun ok je...cuma adik Farhan kadang-kadang buat hal juga...

Sepanjang hari kenduri semuanya dapat berjalan dengan lancar dan teratur....



Tengoklah orang tengah sibuk mengemaskan majlis. Perhatikan baju yang digayakan.. sama tak.. (Kira borialah tu ani dan kak balkis .Itulah baju yang keluarga kami pakai) diatur oleh adik aina


Setelah selesai kenduri kami tidak terus pulang ke Pahang.Kami rehat dulu pada malam tu..Sebab penat dalam kereta yang malam sebelumnya pun tak habis lagi.

Kesempatan yang ada tidak disia-siakan. Kami mengambil peluang untuk berziarah ke rumah sanak saudara lain macam rumah Kak Jah, Kak Balkis dan Rumah Bang Mad Sanusi

Anak kami berposing bersama sepupunya adik iman. Walaupun kami duduk berjauhan di rompin.. namun anak kami begitu mesra dengan saudara maranya kerana selalu berziarah.




Kami memulakan perjalanan pulang pada 16 Mac 2009 jam 4.30 petang. kami keluar agak lewat kerana kami berhajat nak bermalam di Banting (Rumah adik Ina &Adik Izie) kerana ada urusan yang nak diselesaikan di Kajang.....Dapat la anak-anak bermain dengan adik Umairah (Anak Saudara)..Adik Farhan tak habis-habis mengusik adik Umairah.Dia memang geram tengok baby.. Kakak pula ok la...sebab suka dengan baby perempuan.

Gambar di bawah adalah adik Nur Umairah Afrina binti Rohaizi yang baru nak belajar merangkak.

Gambar terbawah adalah kakak dan umairah masing-masing menggayakan tudung fesyen terkini






Catatan ini ditulis oleh Puan Rohani binti Sa'ad

Back to TOP  

Go to Mid Page  

Go to Bottom  

Waktu Solat Kawasan Rompin

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP  

Back to MID PAGE