Pengunjung

Kecewa Tak Dapat Duduki PTK

>> Tuesday, March 10, 2009

Hari nie agak menyedihkan.. apabila...
8.30 pagi Aku menghadirkan diri ke Kursus Kefahaman Koperasi anjuran KK Rompin
Sebetulnya aku terpilih samada suka atau terpaksa menjadi salah seorang Anggota Lembaga Koperasi. (Tugas dan amanah mesti diteruskan...)
Kursus itu sangat baik membuatkan aku benar-benar faham tantang koperasi
Kursus itu berjalan selama 2 hari. Nak dipendekkan cerita aku mendapat tahu salah seorang peserta En. Azrinsha tidak dapat bersama keesokannya.

"Ust. esok tak dak ka?"
"Saya ada PTK"
"PTK..." Aku kehairanan.. "Macam mana nak chek.."
Ust. Azrensha menjawab. "Kamu chek la kat internet.. masuk Web Page MOHE"

Kebetulan salah seorang rakan ada hand phone canggih.. Ada internet. Nak tau model apa??
Nokia E90 model terbaru brader..

Akupun bagilah no kp aku pada En. Abu Bakar dan dia pun tolong "key in"
Last-last apa aku dapat... No record found..
Kira lebih kurang gitulah kan perkataan tertera pada skrin.. perkataan sebenar aku pun tak ingat..

5.00 ptg aku dah ada kat opis.. Terus aku mencari pic yang bertanggungjawab. Rupa-rupanya ramai yang tak ambil periksa. Malah Puan Noorul Huda iaitu Pegawai Eksekutif kolej turut menyatakan suaminya turut terlepas juga. Menurut maklumat yang aku dapat mulai 2009 pendaftaran PTK tidak lagi dibuat di PPD tapi secara online dan pendaftarannya sekitar januari 09. Ini kerana pensyarah Kolej Komuniti bukan lagi DG tp DH lah katakan... apa nak buat.

Menurut maklumat yang aku dapat lagi notis untuk pendaftaran juga telah dikeluarkan.. mungkin aku dan beberapa pensyarah tak perasan ataupun tak nampak..

Mungkin perkara seperti ini aku perlu bermuhasabah supaya pada masa depan tak berulang lagi. Agaknya satu mekanisma penyampaian yang lebih berkesan perlu difikirkan. PTK tu bukan benda kecik.. masa depan brader!!!!

Tapi bila balik ke rumah... hati sayu jadi ceria melihat keletah anak-anak. Lewat petangnya aku membawa anak aku pegi mandi kat swimming pool Rompin Beach Resort tempat aku berkursus tadi.

Ni gambar aku mandi bersama dengan anak aku.. lama aku mandi.. kat tengah tuh..!!



Dan gambar ni pulak.. anak aku tak mahu naik.. dia tahan dengan kaki dia kat tebing. Nak mandi lagi..
Ni pulak macam biasa apabila main lama-lama kat air apa lagi letih lah dia. Akupun macam biasa.. Buaiiii.. Bila dia dah lena tu senanglah aku nak mengupdatekan blog aku nih.. Wassalam

1 comments:

Pok Li March 10, 2009 at 8:29 AM  

mohon semula tuan. saya pun terlepas tahun lepas

Back to TOP  

Go to Mid Page  

Go to Bottom  

Waktu Solat Kawasan Rompin

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP  

Back to MID PAGE