Pengunjung

Belajar Berdikari

>> Thursday, March 19, 2009

Hari ini merupakan hari bekerja bagi abang, jadi tak bolehlah abang menemaniku untuk membeli keperluan juadah tengahari ini dan aku pula masih bercuti...so, kena urus sendiri!!

Mula-mula bimbang juga pergi ke bandar sendirian dengan membawa kakak dan farhan..Kedua-duanya memerlukan kawalan yang rapi...Dalam perjalanan pula ada insiden yang mendebarkan kerana ada sebuah lori minyak yang dipandu dengan laju mengikut terlalu dekat..dan asyik membunyikan hon nya seolah-olah minta diberi laluan. entah apa yang dikejarnya aku pun tak tahu...dengan penuh debaran aku terus ke tepi dan memberi laluan kepada lori tersebut...Biar lambat asal selamat!!

Bila tiba di pasar....adik pantang lepa macam-macam nak dipegangnya tak kira ikan, sayur dan apa saja yang ada di depan semua nak diusik..tak boleh orang pegang tangan, nak jalan sendiri... Kakak pula tak boleh lepas tangan langsung...menangis je...last nye..adik di dukung, sebelah tangan pegang barang dan sebelah lagi pegang tangan kakak.Puas juga dari dalam pasar nak ke tempat parking kereta. Sebenarnya itu menguji kesabaran...

Kebiasaannya pada hari persekolahan tiada masalah kerana anak dihantar ke rumah Umi (pengasuh). Jadi selepas pulang dari sekolah aku terus ke bandar untuk membeli segala kelengkapan memasak atau apa-apa saja keperluan harian yang tidak lengkap. Ini kerana abang bekerja dari jam 8.00 pg hingga 5.00 petang...Kalau aku pulang awal..Selalunya abang yang pulang dulu memandangkan terlalu banyak kerja yang perlu
diselesaikan di sekolah.

Abang seorang yang amat baik..telah memberi peluang kepadaku supaya menyelesaikan segala tugas yang tidak sempat dilaksanakan sewaktu persekolahan...tapi dengan syarat...jangan bawa balik rumah. Memang betul...bila kat rumah kena layan suami dan anak-anak...Memasak ,mengemas itu tanggungjawab di rumah.
Bila cuti-cuti begini dirasakan seperti surirumah sepenuh masa pula...Yelah masa ni dihabiskan dengan menjalankan tanggungjawab di rumah. Sempat melakukan segalanya yang tidak sempat dilakukan pada hari bekerja. Anak pula dijaga sendiri...Pagi-pagi lagi dah fikir nak masak apa ye untuk sarapan...Bila tiba tengahari sibuk menyiapkan makan tengahari dan menunggu kepulangan suami untuk sama-sama menjamu selera di rumah.Satu kepuasan sebenarnya.Kalau hari bekerja bertuah la...makan pun masing-masing kat kantin aje la...

Sekian saja buat kali ini..Kepada para isteri ...jalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan penuh amanah dan ikhlas...InsyaAllah akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah...

0 comments:

Back to TOP  

Go to Mid Page  

Go to Bottom  

Waktu Solat Kawasan Rompin

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP  

Back to MID PAGE