Suami prihatin
>> Saturday, March 21, 2009
Terima kasih diucapkan buat abang tersayang kerana setelah bersungguh-sungguh memberi kursus membina blog menggunakan wordpress di Kolej Komuniti Rompin...pulang ke rumah komputer pula buat hal sedangkan isterinya nak menyiapkan kerja sekolah...
Macam mana ni....cuti tinggal esok saja lagi..Laporan dan perancangan aktiviti bulan dakwah belum siap..hari Isnin ketua panitia dah nak tunjukkan pada Guru Besar...
Tanpa melengahkan masa sampai je ke rumah pada jam 3.00 petang abang terus mengadap komputer..tengok apa yang tak kena. Ana biasalah..tahu guna je...
Sebenarnya komputer kami telah dijangkiti virus...tetapi setelah abang baiki ...Alhamdulillah...Kebetulan kami tergerak hati membeli antivirus kapersky yang tulen semasa perjalanan pulang tempohari.. Kedua-dua komputer kat rumah telah boleh digunakan sepenuhnya. Abang juga sempat menyiapkan network untuk kedua komputer.. (Dah macam cybercafe..)
Bukan itu saja...setelah komputer dan laptop elok abang pula ambil kesempatan ajarkan kepada ana cara nak muat turun maklumat j-QAF dalam http://jqafsklc.blogspot/ dan ana pula nak memulakan blog http://usratussaidah.blogspot.com/
Buat akhirnya...Syukran jazilan..Jazakallahukhairan kathira diucapkan kepada abang yang sentiasa sedia membantu ana sampaikan 'apperance' blog abang sendiri tak sempat di 'update'kan...Terima kasih juga buat Naim yang sedia berkongsi pengetahuan dengan Abang...