Pengunjung

Kekayaan Daftarkata Bahasa Kedah Ulu

>> Sunday, March 8, 2009

Teringat saya kepada penulisan Tun Dr Mahathir dalam blognya Chedet. com iaitu "Orang Ulu" bertarikh 11 Februari 2009. Beliau mengulas berkenaan Orang Ulu Kedah.
Penulisan beliau membuatkan saya terkenang keadaan masa lalu sekitar awal 80 an yang mungkin kita masih boleh bertemu dengan orang tidak berkasut, menanam padi huma dan sebagainya. Namun disebabkan arus kemodenan generasi sekarang mungkin tidak dapat lagi merasai keadaan sedemikian... Namun terdapat perkara yang kekal dan tidak akan mati iaitu bahasa . Mohamad Suhaimi Ahmad dalam blognya arriesfamily.blogspot.com menulis "uniknya Bahasa Daerah Padang Terap" menerangkan kaedah penyebutan sukukata dalam Bahasa Daerah Padang Terap. Usaha seperti ini diharap akan lebih mendapat perhatian daripada warga penulis blog lain supaya bahasa yang menjadi perbualan turun temurun itu akan kekal segar tak lapok dek hujan, tak lekang dek panas.

Terdapat berbagai perkataan yang mungkin belum didaftarkan dalam kolum bahasa daerah Dewan Bahasa Dan Pustaka seperti nyetok, gari, hite, oit, dom, pedo, bale, thenek, tiatuh, yooi, takey, jaboh, lak,thak, kelolo dan sebagainya.

Contoh perkataan di atas sememang mempunyai makna khusus dan kaedah penyebutan juga sukar bagi mereka yang pertama kali mencuba untuk menyebutnya kerana terdapat "idram-idram" yang tertentu.

Dalam berkeluarga.. saya juga sering menyebut perkataan-perkataan ulu bagi memastikan ia kekal segar dan terus hidup. Isteri saya juga ada mempelajari istilah-istilah tersebut biarpun pada awalnya agak kekok.

Di pejabat saya iaitu Kolej Komuniti Rompin terdapat beberapa rakan yang berasal dari Kedah. Namun kesemuanya berasal dari Kedah Pekan iaitu sekitar Alor Setar. Sememangnya rakan-rakan saya tidak menggunakan bahasa ulu tersebut tetapi mengakui pernah mempunyai rakan yang pernah menuturkannya. Di bawah ini adalah gambar saya dan rakan sekerja yang berasal dari Negeri Kedah.





2 comments:

Pok Li March 9, 2009 at 6:20 AM  

Mungkin setiap negeri ada bahasa ulunya. Sebahagiannya sudah tidak lagi dituturkan oleh generasi baru. Satu-satu hilang. Bukukanlah tuan.

Izzi Ismail November 4, 2009 at 9:37 AM  

Masih ada lagi bahasa Ulu di pertuturkan hingga ke hari ini, seperti di Baling penduduk disana masih menggunakan bahasa "pelat" Ulu bercampur dialek Siam. Tetapi ada segelintir golongan daripada mereka yang segan menggunakan perkataan Ulu yang saudara nyatakan, kerana mereka risau ditertawakan orang Kedah kawasan bandar & dianggap orang Ulu yang tidak mengikuti arus kemodenan bahasa.

Sesekali saya juga ada menggunakan perkataan sumpah seranah orang Ulu di Kuala Lumpur jika hendak melepaskan kemarahan, terasa puas juga menyindir kerana hanya saya sahaja yang memahami dialek itu tanpa diketahui orang yang dimarahi tadi.

Back to TOP  

Go to Mid Page  

Go to Bottom  

Waktu Solat Kawasan Rompin

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP  

Back to MID PAGE