Pengunjung

Semakin Lama Semakin Sayang

>> Tuesday, March 3, 2009







Hari ini aku nak berkongsi pengalaman berkenaan kereta saya model wira aeroback 1.6xli.










Aku dah pakai lama kereta ni dari tahun 2002. Sekarang dah nak masuk tujuh tahun.


Kalau korang tgk gambar dia berkilatkan... Cuma masa di tahun 2006 dulu.. aku kira ada bercerai sekejapla dengan keta nie.. Bukannya apa cuma bini aku pakai kereta nie.. sebab masa tu dia hanya pandai guna gear auto. Tapi lepas tukar ke gear manual aku pakai balik kerana aku mula bagi dia pakai atoz yang manual.. terpaksalah kan...












Ini gambar bahagian belakang kereta tuh.. Nak dipendekkan cerita.. aku pernah terlibat dengan kemalangan menggunakan kereta ini.. masa bujang dulu. Tuhan masih bagi peluang untuk aku bernafas dan berkeluarga. Tu gambar anak aku tengah mandi kolam. Nak buat swimming pool tak mampu.. Itu jer yang termampu.



Sepanjang aku pakai kereta ni.. banyak cabaran juga la.. maklumlah kereta yang boleh dikategori berumur.. Gear dah tukar. .. macam macam lah. Kalau ko perati betui-betui gambar enjin.. kira blok enjin jer yang belum tukar..















Yang terbaru aku modified pula throttle body dia... Buat sendiri kat bengkel. Sebenarnya kekadang terlintas juga nak tukar lain.. tapi diingatkan rasa syg.. pakai jerlah . Tapi jgn kita sesekali cakap kat kereta, kita nak tukar kereta lain.. nanti dia meragam pulak.

Lagipun aku ada mengajar automotif dan menguruskan bengkel kat kolej komuniti.. bengkel yang sangat canggih ..kat rompin.. mungkin... Bolehlah praktikkan ilmu kat kereta sendiri...

Kereta baru nie sebenarnye sesuai untuk orang perempuanjer... Sebab kereta lama menuntut kita banyak bersabar.. sebab tu sesuai untuk lelaki..

Kalau ada masa lapang nanti aku nak mengecat kereta nie sendiri... Walaupun kurang cantik bila buat sendiri.. tp sentimental value dia sgt tinggi.. Nanti aku nak tulis pulak tajuk berbangga dgn hasil tangan sendiri

1 comments:

Destinasiku June 27, 2009 at 7:35 AM  

Saya pun ada kete yg begitu tinggi nilainya...sang KANCIL putih yg dimiliki thn 2002. Byk jasa kereta ni sehingga sy genggam ijazah thn 2005. Masih ada dalam simpanan. dlm proses untuk modified Insyallah ada rezki cantiklah hasilnya. Mungkin abg sidi boleh bg tips kenapa temperature kete saya slalu panas. Sy baru tukar enjin baru last year.

Back to TOP  

Go to Mid Page  

Go to Bottom  

Waktu Solat Kawasan Rompin

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP  

Back to MID PAGE