Pengunjung

Apakah impian setiap orang

>> Thursday, April 9, 2009




Setiap manusia diberikan akal, yang membezakannya dengan haiwan, dan dengan akal membolehkan kita berfikir dan mengimpikan matlamat masing-masing. Namun bagi kebanyakan orang, lima matlamat yang disenaraikan adalah merupakan asas kepada fitrah manusia :



  1. Wajah yang cantik



  2. Duit/harta yang banyak



  3. Kesihatan yang baik



  4. Anak2 yg cerdik dan berjaya



  5. Tidur yang nyenyak tanpa ganguan








Perkaitan antara impian di atas bolehlah dikaitkan :


Sabda Nabi Muhammad SAW


"Siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan, dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak"

Fikir-fikirlah tuan-tuan


sumber: omag.org




12 comments:

:: eyeNa :: April 9, 2009 at 11:13 AM  

aduss terharunya sbb abg Die setuju. huhu mula2 rasa sedih jugak laa.huu takpe salah cek tak Letak riyawat mana. cuma nak kongsi je.tak tau plak jd isu.huhu nanti cek letak riwayat sama..ahaii tanks bang Die BTKK best..!

Mohamad Rasidi Bin Ahmad April 10, 2009 at 12:41 AM  

Rkg, tulislah apa-apa pun yang kamu nak tulis, lagu apa pun yang kamu nak letak, gambar apa pun nak isi.. dari sumber manapun kamu nak ambil.. kerana blog ini bukanlah untuk perniagaan, lainlah kalau ada unsur perniagaan. Sumber manapun kamu ambil belum pasti ketulenan dan kebenarannya, mungkin sumber itu pun datang dari penulisan orang lain. Nak menyatakan sumber tersebut terpulanglah kepada kamu, bukannya kamu mengambil keuntungan berbentuk perniagaan. Mungkin penulisan kita ini di ambil oleh orang lain pula. Bukannya kamu menulis tesis.. nak fakta dan sebagainya. Jangan tambahkan beban pada fikiran, banyak lagi kerja lain yang perlu difikirkan.
Maklumat dalam blog adalah tidak bersempadan.. sendiri daftar blog, sendiri karang, sendiri bayar line, apapun sendiri-sendiri.. yang penting pastikan penulisan kita tidak menyalahi tata susila, menyalahi agama, menghentam orang lain, memburukkan orang lain dah... niat itu kena betul

:: eyeNa :: April 10, 2009 at 3:16 AM  

betul2.. sgt setuju dgn kata2 abg die..ni yg cek semangat tau.dulu pernah rasa takmo tulis blog dah, sbb ni laa.tiap kali post benda baru, ada ja yg tak kena. rasa mcm down.tu yg pernah ucp "selamat tinggal blogku" tp lelama rasa mcm rindu nak tulis..hahaii kwn2 pon suka ja baca.cek mungkin laa tak matang lam penulisan, tp cek setuju bila abg die kata semua kita sendiri2..hahaii macih bg semangat..hehe kamu mmg BTKK yg paling baik..heee

Suhaimi Ahmad April 11, 2009 at 4:42 PM  

Salam,
Dari cara hangpa tulis, seolah-olah bermaksuk kita boleh tulis apa saja asalkan niat kita baik. Orang lain tak boleh mempertikaikan tulisan kita sebab niat kita ikhlas.

Soalannya adakah boleh kita tulis perkara berkaitan nabi walaupun ianya tak pasti kesahihannya. Kita boleh sebarkan melaui blog kita walaupun hadis maudhu' (palsu).

Minta penerangan lebih lanjut sebab dari apa yg kami faham kena berhati-hati. Hanya boleh sebarkan hadis setelah jelas tarafnya, sahih, hassan, dhoif, maudhu' dan sebagainya....

Mohamad Rasidi Bin Ahmad April 11, 2009 at 7:33 PM  

Assalamualaikum...
Sebenarnya memang kita tidak boleh beramal dengan hadith maudhu' sekiranya kita pasti dia maudhu' tetapi jika kita tak pasti dan perkara tersebut adalah baik kita tidak boleh menghukumnya sebagai maudhu', kita tidak pasti kepalsuannya.
Dalam konteks penulisan kita berbalik kepada tujuan apa kita tulis, bukan nak bahaskan bab takhrij hadith...perkara yang baik boleh kita amalkan selagi tidak menyalahi syariat Islam. Sama juga macam mana kita mengamalkan perkara bid'ah, ada perkara yang bukan sunnah tapi kita digalakkan mengamalkannya.


Dalam Islam sendiri pun tidak menggalakkan kita terlalu mengkritik pandangan orang lain...sekiranya pandangan itu benar, terpulang kepada kita sama ada nak ikut atau tak nak kerana masing-masing ada prinsip sendiri. Banyak lagi urusan lain yang perlu kita fikirkan.
Kita juga perlu ingat, antara punca kemunduran umat Islam pada hari ini adalah terlalu mengkritik dan mencari kesilapan orang lain sedangkan kesilapan sendiri tidak disedari ibarat pepatah "satu jari ditudingkan kepada orang, empat jari ditudingkan kepada diri sendiri."

Dalam pencarian ilmu kita digalakkan berkongsi ilmu yang kita ada, serta menyampaikan ilmu kepada orang lain seperti hadis "Sampaikanlah ilmu olehmu walaupun satu ayat.."
Tak semestinya kita perlu mengumpul fakta dan hujah berbakul baru nak sampaikan sesuatu ilmu.. kalau kita berfikiran sedemikian maka sampai bilapun ilmu itu tidak akan berkembang. Konsep tersebut hendaklah dijauhkan kerana ia membawa kemunduran.

Sekiranya penulis meletakkan satu hadis yang tidak pasti takhrijnya dan hadis tersebut menyuruh kita melakukan perkara yang melanggari akidah seperti menyuruh beribadat/sembahyang dengan cara berbeza dengan sunnah wajib dipertikaikan. Islam tidak membenarkan hal sedemikian.

Dalam memberi nasihat Nabi SAW bersabda " Agama itu nasihat, kami berkata bagi siapa, ia bersabda bagi Allah dan bagi KitabNya dan bagi RasulNya dan imam-imam kaum muslimin dan bagi orang ramai" Riwayat Muslim sumber : Buku Hadith 40, Dewan Pustaka Fajar

Dalam menulis kita tidak boleh terlalu ghairah mendedahkan perkara keaiban seperti menceritakan/ fitnah keburukan ahli keluarga kerana ia boleh menghalang daripada doa dimakbulkan. Sumber : Hadith ke 10 daripada riwayat hadith 40.

Kita menuduh si polan bin si polan ini bersifat buruk, kita gambarkan dia bersifat buruk, berkongsi pulak menyatakan keburukannya kepada orang lain, sedangkan kita tak pasti sifat dia yang sebenarnya. Kita sebenarnya membuat fitnah kepada dia, ketahuilah dosa fitnah lebih besar dari membunuh!!

Apabila orang yang kita ingin berkongsi menyatakan keburukan si polan itu tahu sifat sebenar si polan , mungkin telah mengenali si polan melebihi 30 tahun contohnya.. maka orang akan bercakap keburukan kita pulak. Kita sendiri yang malu...

Kita juga tidak boleh terlalu ghairah apabila dipuji serta menunjuk-nunjuk ilmu kita kerana ia boleh mencegah amalan kita diterima oleh Allah.

Suhaimi Ahmad April 11, 2009 at 8:23 PM  

Dikdie,

Berdasarkan rujukan kami, hadis ni tiada sandarannya...

Jawapan dari panel islamweb online seperti di bawah :-

Soalan:
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh:
Dijauhkan cahaya muka yang bersinar..

Zuhur:
Rezekinya tidak diberkati..

Asar:
Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan..

Maghrib:
Tidak dihormati oleh anak-anaknya.

Isya’:
Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya..

P/S: Minta tolong nilaikan. Kalau boleh sertakan beberapa balasan bagi mereka yang meninggalkan solat dari hadith-hadith sahih. Terima kasih.

Jawapan:
بسم الله
والصلاة واالسلام على رسول الله وبعد

Berikut adalah jawapan daripada Markaz Fatwa di bawah kelolaan Dr Abdullah Faqeh

Selepas kajian yang lama terhadap sumber-sumber hadis, kami tidak menjumpai asal bagi hadis tersebut. Memadai untuk menakutkan orang daripada meninggalkan sembahyang dengan firman Allah dalam al-Quran:

فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيّاً.

ertinya: Maka datanglah sesudah mereka, pengganti yang meninggalkan solat dan mengikut hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan. (Maryam: 59).

فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ
ertinya: Kecelakaanlah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada solatnya. (Al-Ma’un: 4-5).

sabda Nabi SAW;

من ترك صلاة العصر فقد حبط عمله

ertinya: Siapa meninggalkan solat Asar, maka gugurlah amalannya. HR Bukhari (no: 528).

rujukan:
http://www.islamweb.net.qa/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=33458&Option=FatwaId

Tolong minta Na atau Ani rujuk link asal sebab ia jawapan dalam bahasa arab...

Kalau kami salah tolong betulkan tapi kami masih berpegang hadis maudhu' tak boleh disebarkan.

Mohamad Rasidi Bin Ahmad April 11, 2009 at 10:17 PM  

Kesimpulannya...berpeganglah dengan prinsip masing...asalkan terpelihara akidah, tidak membuat dosa dengan mengada-adakan hukum untuk kepentingan peribadi.
Betullah sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W
"Sesiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempatnya di dalam neraka”[Riwayat Bukhari)

Hadis Maudhu' @ Palsu sering digunakan oleh org tertentu untuk kepentingan peribadi politik dan sebagainya. Mereka sering mereka-reka hadith palsu untuk menghalalkan apa yang haram. Maka Nabi Muhammad S.A.W telah memberi amaran sebagaimana hadith di atas.

Hadith Maudhu'/ palsu memang tidak boleh beramal dengannya sama sekali.

Sekian, apa yang penting jaga diri dan keluarga kita daripada api neraka...

Suhaimi Ahmad April 11, 2009 at 11:11 PM  

Thanks atas peringatan.

Sama2 jaga diri dan keluarga masing-masing.

Jaga juga perkataan takut menyinggung orang lain umpamanya
'rumah mu bunyi bila ketuk,
tandas xde Ll bowl jadi busuk,
tirai mu senget,
keta avanza sempit, naza ria lagi bagus,
anak mu kepala besar,
kesian kat mu susah-susah tukar template,
xleh nak komen apa punya turr...

contoh ni bukan nak ungkit tapi nak bagitau kita xde yg maksum...
sama-sama kena jaga bila berbicara.

apa pun mintak maaf sekali lagi...

Mohamad Rasidi Bin Ahmad April 12, 2009 at 12:13 AM  

Memang betul kena jaga bila berbicara...tak apa jika dah sedar..selama ni kami pendam juga apa yang dikata terhadap kami...
Maaf atas segalanya.Ambil yang jernih ...buang yang keroh!!

:: eyeNa :: April 12, 2009 at 12:58 AM  

aduhaii.. maaf laa semua salah cek jugak..huhu..takpe sesama laa kita jdkan ini sbg pengajaran..aduhaii.. sedangkan lidah lagi tergigit..kita adik beradik biasa laa ni.. sekali sekala menunjukkan kita akrab sebenarnyaa..hahaii..

vanjaiacona March 5, 2022 at 4:34 AM  

sugarboo extra long digital titanium styler
Sugarboo extra long digital titanium styler titanium damascus knives The new design takes the original shape mens black titanium wedding bands with a nier titanium alloy few tweaks to create a more iron titanium flexible 포커 고수 texture.

Back to TOP  

Go to Mid Page  

Go to Bottom  

Waktu Solat Kawasan Rompin

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP  

Back to MID PAGE